Pusat Pengajian Citra Universiti | Bijaksana untuk Memperkasa

Kem Kepimpinan PESISTRA

Kem Kepimpinan PESISTRA

Pada 10 November hingga 12 November 2023 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Citra Universiti Kebangsaan Malaysia (Pesistra) telah menjalani Kem Latihan Kepimpinan Pesistra Sesi 23/24 yang bertempat di Pusat Pengajian Citra Universiti dan Pusat Latihan Tanjung Karang UKM. Kem latihan kepimpinan yang telah dijalankan ini diisi dengan pelbagai slot dan aktiviti yang merangkumi pelbagai aspek kepimpinan. Antara slot yang dijalankan adalah Slot Bersama HEP untuk Pengurusan Aktiviti Pesistra dan Sistem Istar. Slot ini membantu memberikan pemahaman kepada ahli Pesistra tentang strategi pengurusan aktiviti Pesistra. Seterusnya, Slot Bendahari untuk Pengurusan Dana yang berfokus kepada kemahiran pengurusan kewangan dan tanggungjawab ahli Pesistra dalam menguruskan dana untuk aktiviti-aktiviti Pesistra. Kemudian, Slot Perkongsian Pensyarah oleh Dr. Maharam yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau dalam konteks kepimpinan. Ini dapat merangkumi aspek teori kepimpinan, cabaran semasa, dan petua praktikal untuk menjadi pemimpin berkesan. Selain itu, Slot Perkongsian oleh Yang di-Pertua dan Naib Yang di-Pertua Pesistra Sesi 22/23 dan Sesi 23/24 serta Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat Sesi 21/22 memberikan pandangan unik tentang cabaran dan membincangkan skop tugas dan tanggungjawab ahli Pesistra dengan lebih terperinci. Akhir sekali, kem ini juga disertai Slot Aktiviti Riadah dan Aktiviti Dalam Kumpulan yang dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama dalam persekitaran yang santai dan membolehkan peserta berinteraksi secara positif. Aktiviti ini mempraktikkan kemahiran kepimpinan, penyelesaian masalah dan cabaran yang membolehkan peserta berkolaborasi dan membangunkan hubungan yang kuat dalam konteks kerja berkumpulan.

Diharapkan bahawa kem ini dapat membantu ahli Pesistra lebih memahami skop tugas & tanggungjawab mereka serta memberi semangat dan motivasi kepada ahli Pesistra untuk lebih maju pada masa akan datang.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *