Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Kerjasama CITRA UKM & UKM e-Sport Arena

Kerjasama CITRA UKM & UKM e-Sport Arena

BANGI, 31 Oktober 2023 – Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU), UKM telah mengadakan mesyuarat bersama UKM eSports Arena bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan di antara kedua-dua belah pihak dalam sukan berteraskan e-Sport di peringkat UKM.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Nazri Muslim, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Jaringan), PPCU, UKM. Manakala pihak eSports Arena diwakili oleh Dr. Daniel Chong, Pengasas UKM eSports Arena.

Di dalam mesyuarat tersebut, kedua belah pihak bersetuju bahawa sukan berteraskan e-Sport sedang berkembang pesat di peringkat kebangsaan dan dunia. Perkara ini tidak hanya merangkumi aspek permainan hiburan semata-mata, tetapi turut melibatkan pengurusan acara, pengurusan korporat, pengurusan IT dan perancangan kewangan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar.
Oleh itu, kerjasama antara PPCU dengan UKM eSports Arena amat digalakan tambahan pula PPCU telah menawarkan kursus eSport kepada pelajar UKM, manakala UKM eSports Arena telah mempunyai prasarana dan fasiliti yang terletak di Pusanika, UKM.

Di dalam pertemuan ini kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama diperingkat MoA bagi memajukan sukan berteraskan e-Sport.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *