Pusat Pengajian Citra Universiti | Bijaksana untuk Memperkasa

Pusat Pengajian Citra Universiti UKM

School of Liberal Studies UKM

CITRA UKM

Kursus Bahasa Melayu

Kursus Bahasa Melayu Pusat Pengajian Citra UKM ditawarkan kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah antarabangsa. Para pelajar perlu lulus kursus yang diambil sebagai syarat bergraduat. Kursus kemahiran Bahasa Melayu untuk pelajar prasiswazah tempatan pula ditawarkan sebagai kursus elektif sahaja. 

 

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar pascasiswazah antarabangsa. Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memperoleh kemahiran berbahasa asas yang merangkumi kemahiran mendengar, bercakap, membaca dan menulis dalam konteks kehidupan seharian menggunakan bahasa Melayu. Kursus ini menggunakan pendekatan pembelajaran interaktif, tutorial, pembelajaran kendiri dan penyertaan dalam program bahasa.

This course is offered to international postgraduate students. It aims to enable students to acquire the basic language skills of listening, speaking, reading and writing in the context of everyday use of the Malay language. This course adopts an interactive learning approach, tutorial, self learning and participation in a language programme.

 Bacaan Asas

Kamarul Afendey Hamimi. 2015. Bahasa Melayu Komunikasi. Selangor: Oxford Fajar.

Malay Phrase Book & Dictionary. 2014. Edisi Keenam. UK: Berlitz Language.

Othman Puteh, Talib Abdullah & L. Shirley. 2014. Kamus Bergambar Generasi Baharu BM-BI-BC. Edisi Kelapan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar

Susan Keeney. 2014. Malay Pharasebook & Dictionary. US: Lonely Planet.

Thomas G.oey. 2012. Everyday Malay: Phrase Book & Dictionary. Edisi Kedua. Hong Kong: Periplus Editions

Zarina Othman, Roosfa Hashim & Rusdi Abdullah (pnyt). 2015. Modul Komunikasi Bahasa Melayu Antarabangsa. Bangi Selangor: Penerbit UKM.

Kursus Bahasa Melayu Malaysia untuk Pelajar Nusantara ini ditawarkan kepada semua pelajar pascasiswazah antarabangsa dari Nusantara. Pelajar luar Nusantara yang memiliki kemahiran yang setara juga boleh mengikuti kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar memperoleh kemahiran lisan, bertulis dan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu gaya Malaysia yang baik dan betul. Pelajar akan dilatih untuk menggunakan bahasa Melayu dengan sewajarnya mengikut konteks dan situasi di Malaysia untuk memberi komen, tafsiran dan pendapat maklumat penting berdasarkan pelbagai sumber. Pelajar juga diberikan latihan asas dalam menulis surat rasmi dan laporan. Kursus ini menggunakan tutorial, pendekatan pembelajaran interaktif, pembelajaran kendiri dan penyertaan dalam aktiviti khidmat sosial.

This course is offered to all international postgraduate students from Nusantara.This course is also offered to those students with similar proficiency from outside of Nusantara. It aims to train students to acquire the verbal, written and communication skills using good and correct Malay language to use. Students will be coached to use Malay language appropirately according to Malaysian context and situation to provide critical information comments, interpretations and opinions based on various resources. Students are also given basic training in writing formal letters and reports. This course adopts an interactive learning approach, tutorials, self-learning and paricipation in a social service activity.

Bacaan Asas

Asmah Haji Omar.  Penggunaan Bahasa Dalam Surat Rasmi Bahasa Dalam Komunikasi.  2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin.  2016. Petunjuk Bahasa.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi.  2016.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood.  2016. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rusdi Abdullah.  2016. Kamus Kata Bahasa Melayu Malaysia – Bahasa Indonesia.  Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zulkifli Mohd Top.  2017. Menajamkan Tatabahasa.  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar prasiswazah antarabangsa. Kursus ini melatih pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu asas yang meliputi situasi kehidupan harian. Pelajar akan diperkenalkan dengan pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu mudah. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial dan pengalaman pembelajaran pelajar di dalam dan di luar kelas. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat berkomunikasi dan menulis menggunakan ayat mudah dengan menggunakan tatabahasa yang betul.

This course is offered to international undergraduate students. This course trains students to communicate in basic Malay language in  daily  situations. Students will be introduced to speak and write in Malay language. Teaching and learning will be conducted in the form of lectures, tutorials and learning experiences inside and outside classroom. At the end of this course, students should be able to communicate and write effectively using simple sentences with correct grammar in Malay language.

Bacaan Asas

Mat Zaid Hussein, Samsur Rijal Yahaya, Ahmad Sabri Abdul Samad, Norizah Hassan dan Norfaizal Jamain. 2018. Efektif Bahasa Melayu Asas Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Zulkifli Mohd Top.2017. Menajamkan Tatabahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norliza Jamaluddin. 2015. Perlakuan Kata Sifat Berasaskan Data Korpus Berkomputer. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Napisah Mohamad. 2014. Siri kemahiran Berbahasa  : Proses Penerbitan Ayat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zarina Othman, Roosfa Hashim & Rusdi Abdullah. 2012. Modul Komunikasi Pelajar Prasiswazah Antarabangsa. Penerbit UKM.