School of Liberal Studies UKM
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan keusahawanan kepada semua pelajar UKM. Objektif utama adalah untuk memberi ilmu asas keusahawanan kepada pelajar, serta mendorong pelajar UKM untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai salah satu pilihan kerjaya yang patut diberi perhatian. Konsep dan teori keusahawanan meliputi pembinaan pasukan dan kepimpinan, strategi dan pengurusan, pemasaran dan kajian pasaran, kewangan, pembuatan/penghasilan serta kemahiran pembentangan lisan akan diajar. Kaitan antara pelbagai komponen perniagaan yang diajar digarap melalui simulasi perniagaan yang akan dijalankan oleh pelajar, secara individu dan juga berkumpulan. Pelajar juga akan mengadakan perbincangan dan membentangkan satu rancangan perniagaan.
This course aims to introduce to an entrepreneurship to all UKM students. Its main objective is to provide basic knowledge of entrepreneurship to the students and to encourage them to choose business as their career option. The concepts and theory of entrepreneurship that include team building (teaming) and leadership, strategy and management, marketing and market research, finance, manufacturing or production and oral presentation will be taught. Students will apply the link between various business components taught in the course individually and in groups. Students will also have discussions and present a business plan.
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada pengurusan dan analitik data bertujuan menggali maklumat yang tersirat dalam data. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pelajar berupaya menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang secara saintifik. Penekanan diberikan kepada cara menganalisis data dan kaedah visualisasi data. Beberapa perisian dipilih untuk dipelajari. Pengenalan mengenai perisian dan pendekatan analitik data menggunakan perisian turut dibincangkan. Di akhir kursus, pelajar berupaya memberi penjelasan kepada data-data yang digunakan.
Bacaan Asas
Kursus ini merangkumi hubungan bidang falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Kursus ini bertujuan agar pelajar dapat memahami bidang falsafah sebagai alat untuk mengharmonikan budaya pemikiran tentang kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan. Topik utama dalam falsafah iaitu epistemologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan diberi kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Perbincangan mengenai isu semasa dibuat melalui perspektif perbandingan antara falsafah, sains dan peradaban.
This course covers the relation between the field of philosophy and the National Education Philosophy as well as Rukun Negara. This course aims to enable students to understand the field of philosophy as a tool to harmonize cultures of thinking about life through the arts and ways of thinking as well as through the concepts of insan (Malay for ‘human’). The main topics in philosophy are epistemology, metaphysics and ethics are discussed in the context of current issues. Emphasis is given to philosophy as a basis for inter-cultural dialogue and to foster common values. Discussions on current issues are made through a comparative perspective between philosophy, science and civilization.
Bacaan Asas
Kursus ini merangkumi konsep asas rasuah termasuk nilai integriti, bentuk perlakuan rasuah, salah guna kuasa dalam aktiviti seharian dan organisasi serta kaedah pencegahan rasuah. Kes berkaitan rasuah juga dibincangkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk ‘pembelajaran berdasarkan pengalaman’ melalui aktiviti individu dan kumpulan. Di akhir kursus ini, pelajar dapat memahami amalan integriti, konsep rasuah dan salah guna kuasa serta pencegahan rasuah dalam masyarakat dan organisasi.
This course covers the basic concept of corruption including the value of integrity, forms of corruption, abuse of power in daily activities and organizations as well as ways to prevent corruption. Cases related to corruption are discussed. Teaching and learning methods are implemented in the form of ‘experiential learning’ through individual and group activities. At the end of this course, students are able to understand the practice of integrity, the concept of corruption and abuse of power as well as the prevention of corruption in society and organizations.
Bacaan Asas
Kursus ini menjelaskan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza, memperkenalkan tahap kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan merentasi etnik. Kursus ini merangkumi perkembangan etika dan peradaban dari perspektif pelbagai tamadun. Selain itu, perbincangan dan perbahasan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Penerapan amalan pendidikan berimpak tinggi (HIEPs) yang bersesuaian digunakan dalam penyampaian kursus ini. Di akhir kursus ini pelajar dapat menghubung kaitkan etika dan kewarganegaraan berminda sivik.
This course exposes the concept of ethics from diverse perspectives on civilizations, it introduces various social and cultural developments across ethnic groups. This course comprises of the growth of ethics and civilization from various civilization perspectives. In addition, discussions and debates on contemporary issues related to economic, politic, social, culture and environment from an ethical and civilization perspective can enhance students’ moral and professional attributes. Some relevant high impact education practices (HIEPs) will be applied in the teaching and learning of this course. At the end of this course students should be able to relate to ethics and civic-minded citizenship.
Bacaan Asas
Kursus ini membincangkan Sejarah dan Politik, Perlembagaan Malaysia, Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara, Kemasyarakatan dan Perpaduan, Pembangunan Negara dan Agama dan Kepercayaan. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang memahami identiti Malaysia ke arah memupuk semangat kesejagatan. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tugasan, peperiksaan dan pengalaman pembelajaran.
Bacaan Asas
Kursus ini melatih pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu asas yang meliputi situasi kehidupan harian. Pelajar akan diperkenalkan dengan pertuturan dan penulisan bahasa Melayu mudah. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial, tugasan dan pengalaman pembelajaran pelajar di dalam dan di luar kelas. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat berkomunikasi dan menulis menggunakan ayat mudah dengan berkesan.
Bacaan Asas