Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

LAWATAN KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

LAWATAN KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Pada 15 Mei 2024 (Rabu) Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA-UKM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hasnan Kasan, Ketua Jaringan Industri dan Komuniti telah mengadakan Lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Raja Tun Uda , Shah Alam. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menjalin hubungan kerjasama antara CITRA-UKM dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sebagai rakan strategik industri, untuk sama-sama menyumbang bagi menjayakan program SmSn & SSn Citra.

Kerjasama ini adalah merangkumi penempatan pelajar di industri (Work Based Learning) perkongsian kepakaran dan teknologi, penyelidikan serta perkara berkaitan yang memberi manfaat kepada semua pihak. Selain itu, kunjungan ini turut mempromosikan Seminar Antarabangsa Pengajaran dan Pembelejaran Bahasa (ISeLT) 2024 anjuran CITRA-UKM.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Datin Paduka Hajah Mastura Binti Hj. Muhamad, Pengarah PPAS. Turut sama hadir Dr. Halizah Omar, Guru Bahasa Inggeris, guru-guru bahasa & urus setia jaringan.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *