Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Lawatan Penanda Aras Unit Bahasa Inggeris CITRA-UKM ke CELPAD

Lawatan Penanda Aras Unit Bahasa Inggeris CITRA-UKM ke CELPAD

Pada 6 Disember 2023 lalu, unit Bahasa Inggeris, Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU UKM) telah melawat Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Rombongan lawatan telah disertai oleh 16 tenaga pengajar Bahasa Inggeris PPCU dan diketuai oleh Dr. Nematzadeh Che Musa, Ketua Citra Bahasa Inggeris.

Lawatan yang pertama kali diadakan ini merupakan wadah untuk perkongsian amalan terbaik daripada segi penggubalan dan pentadbiran kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian Bahasa Inggeris antara kedua-dua pusat tanggungjawab, di samping membina sinergi antara kedua-duanya dalam perkembangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

Peserta telah disambut oleh Timbalan Pengarah CELPAD, Dr. Liza Abdullah dan Ketua Jabatan Bahasa Inggeris, Dr. Khairul Abu Sufi, serta tenaga pengajar CELPAD. Rombongan telah dibawa untuk melawat Pusat Pembelajaran Bahasa Mandiri (CILLC) CELPAD. Taklimat berkenaan reka bentuk kurikulum dan penawaran kursus Bahasa Inggeris juga telah diberi, diikuti dengan perkongsian mengenai PPCU dan struktur kurikulum dan kursus Bahasa Inggeris oleh wakil PPCU.

Sebelum sesi lawatan berakhir, kedua pihak berharap agar perbincangan mengenai kerjasama antara CELPAD dan PPCU dapat diadakan pada masa akan datang.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *