Pada 6 Disember yang lalu bersamaan hari Rabu, Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU) telah menerima kunjungan delegasi dari Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), UPM. Delegasi tersebut yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Omrah Hasan@Husin, Pengarah PKPP, UPM turut disertai oleh Dr Hizmawati Madzin, Timbalan Pengarah PKPP UPM; En Syawal Sauti , Ketua seksyen Kursus Kokurikulum Berkredit; En Najib Asyraf Makbul, Ketua Seksyen Pembangunan Pelajar serta kakitangan UPM yang lain. Rombongan tersebut disambut oleh PPCU yang diketuai oleh Dr. Afifuddin Husairi, Timbalan Dekan Akademik PPCU serta barisan kakitangan yang lain. Pertemuan antara kedua belah pihak yang diadakan di Bilik Mesyuarat PPCU itu diadakan oleh pihak PKPP UPM untuk meninjau kaedah pelaksanaan kursus-kursus kokurikulum di UKM serta pelaksanaan Sistem i-STAR. Lawatan ini diharapkan dapat membina dan mengukuhkan hubungan antara PKPP UPM dan PPCU UKM, khususnya dalam perkongsian maklumat dan pengetahuan tentang pelaksanaan kursus kokurikulum.