SDG: 4 & 17
Satu majlis menandatangi surat hasrat antara Pusat Pengajian Citra UKM (CITRA-UKM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia telah diadakan pada 15 Ogos 2023. Majlis tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat CITRA-UKM. Majlis tersebut telah dihadiri oleh wakil dari Majlis Peperiksaan Malaysia. CITRA-UKM pula diwakili oleh Dekan CITRA-UKM, Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor, Ketua Citra Bahasa Melayu, Puan Azilawati Mat Isa serta guru bahasa Melayu CITRA-UKM. Kerjasama yang dilakukan antara CITRA-UKM dan MPM adalah berkenaan penawaran program Sijil Program Bahasa Melayu untuk Penutur Asing oleh CITRA-UKM.