Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Majlis Perpisahan Mantan Dekan PPCU

Majlis Perpisahan Mantan Dekan PPCU

Pada 24 November yang lalu bersamaan hari Jumaat, Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU) telah mengadakan majlis perpisahan untuk Dekan PPCU, Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor yang menamatkan perkhidmatan beliau di UKM pada 28 November 2023.

Majlis yang bertempat di Bilik Mesyuarat PPCU telah dihadiri oleh barisan pengurusan PPCU, pensyarah, guru bahasa serta kakitangan pentadbiran. Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli pengurusan tertinggi UKM iaitu  Prof. Dr. Mohammad Bin Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa); Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi) serta Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *