Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Mesyuarat Kerjasama antara SoLA MFU dan CiTRA UKM

Mesyuarat Kerjasama antara SoLA MFU dan CiTRA UKM

Pusat Pengajian Liberal (SLA) Universiti Mae Fah Luang, Thailand telah mengadakan pertemuan secara dalam talian bersama Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU) pada 19 Disember 2023 berkenaan program pertukaran kakitangan pengajaran dalam talian. Pertemuan ini telah dihadiri oleh Dekan SLA, Prof. Dr. Sorabud Rungrojsuwan dan ahli SLA yang lain, termasuklah Prof. Madya Teeranuch Anurit, Aj. Kittikan Hararak, Aj. Prach Aowsakorn. PPCU pula diwakili oleh Prof. Madya Dr. Zarina Othman selaku ketua; Dr. Mohd. Fadhli Shah Khaidzir, Dr. Normazidah Che Musa, Dr. Halizah Omar, Dr. Chairozila Mohd. Shamsuddin dan Puan Azwan Shaiza Nizam. Melalui program ini, guru bahasa Inggeris terpilih dari PPCU akan berpeluang mengajar beberapa kursus bahasa Inggeris di SLA pada semester 2023 yang akan datang. Hasil daripada program ini diharapkan dapat menyumbang kepada pertukaran pengalaman, pendekatan pengajaran serta kaedah pembelajaran, di samping membina jaringan yang lebih kukuh antara dua institusi. #citrahebat #citragoglobal #citramara #pusatcitra

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *