Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Pelajar CITRA-UKM sertai ‘Program ‘Regional Student Leadership Summit 2024’

Pelajar CITRA-UKM sertai ‘Program ‘Regional Student Leadership Summit 2024’

Program “Regional Summit Leadership Summit” RSLS 23 merupakan program peringkat antarabangsa yang di turut serta oleh 160 mahasiswa dari Malaysia dan Indonesia. Program yang dijalankan di Universitas Padang Indonesia UNP ini telah membawa tema “ketahanan dan penciptaan semula”. Setiap pelajar yang terpilih mewakili Universiti telah membentangkan tajuk daripada 5 skop yang tertentu iaitu skop kesukarelawanan, perusahaan sosial, perkhidmatan sosial, kepimpinan atau keusahawanan.

Wakil daripada Pusat Pengajian Citra Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Nur Izzatul Farhah binti Ismail telah membawa tajuk (Melestarikan Keberkesanan Kesukarelawanan di Kalangan Pelajar : Penyediaan Modul Pembangunan Aktiviti di Dalam Menangani Isu Penjagaan Kanak-kanak). Tajuk berikut merupakan gabungan daripada skop kesukarelawanan dan perkhidmatan sosial. Selepas pembentangan, setiap peserta perlu menghantar manuskrip artikel bagi pemilihan untuk dimasukkan ke dalam jurnal “2nd Regional Student Leadership Summit (RSLS ’23)”.

Di dalam program ini juga, para peserta di terapkan juga dengan kesedaran kesukarelawanan di mana aktiviti pembersihan di Pantai Gajah telah dimulakan selama satu hari pada hari ketiga program. Keseluruhan kutipan sampah telah dihantar ke pusat pelupusan berdekatan. Pada sesi petang peserta-peserta juga turut didedahkan dengan cara-cara komposit sisa sisa makanan.

Program ini telah memberikan impak yang besar kepada setiap peserta apabila setiap pembentangan yang telah dibuat memberikan perkongsian yang menarik daripada pelbagai aspek tajuk. Justeru dengan adanya program ini, banyak rangkaian baru dapat dibuat apabila dapat berkenalan dengan kepimipinan mahasiswa daripada universiti-univerisiti yang berlainan. Program seperti ini patut diturut serta oleh ramai lagi pelajar-pelajar bagi pendedahan yang lebih meluas dan pengalaman yang baru yang patut dikejar peluang yang ada.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *