Tahniah Pelantikan sebagai Pengarah LESTARI
Dengan segala hormatnya dan sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlin Bin Mokhtar telah dilantik oleh Naib Canselor UKM sebagai Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) untuk tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 1 Mac 2019 hingga 28 Februari 2022.
Pihak LESTARI mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan semoga gandingan warga LESTARI bersama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar dapat memperkukuhkan lagi citra LESTARI di persada dunia.
Syabas sekali lagi diucapkan.