Sistem Keselamatan Keluar Masuk Perpustakaan

Bermula September 2016, Perpustakaan Tun Seri Lanang telah menggunakan sistem keselamatan keluar-masuk perpustakaan (barrier gate) yang baharu bagi menggantikan sistem lama (turnstile barrier gate). Kos pemasangan sistem ini adalah RM413,400 yang dibiayai oleh peruntukan Dana Endowmen Perpustakaan. Dengan adanya sistem ini, banyak manfaat telah diperolehi seperti memudahkan pengumpulan dan pelaporan data pengguna perpustakaan, kawalan keselamatan yang lebih baik dan meningkatkan imej perpustakaan. Pelanggan dan kakitangan perlu menggunakan kad matrik yang sah untuk keluar dan masuk ke perpustakaan. Sekiranya tiada kad matrik, pelawat perlu mendapatkan bantuan lanjut daripada petugas di kaunter pintu masuk. Pelbagai data strategik boleh dihasilkan dengan adanya sistem ini. Ia dapat menghasilkan laporan penggunaan perpustakaan mengikut masa/jam, kategori pelanggan, tingkahlaku pelanggan dan sebagainya. Tambahan pula, ia juga dapat membantu pihak perpustakaan dalam membuat keputusan penting di masa hadapan seperti waktu operasi perpustakaan dan sebagainya.

 

 

 

Kongsikan Halaman Ini: