PTSL telahmenyediakan Ruang 24 Jam di Dataran Tun Seri Lanang sejak tahun 2008 kepada pelanggan Perpustakaan.
Ruang 24 Jam yang baharu ini adalah tambahan kepada Ruang 24 Jam sedia ada atas permintaan yang tinggi dengan pelanggan sesuai dengan gaya pembelajaran masa kini tanpa had waktu. Pengubahsuaian sebahagian Koleksi Rujukan Aras 4 untuk dijadikan Ruang 24 Jam bermula pada 1 Ogos 2017 dan siap sepenuhnya pada 8 Mac 2018.
Ruang ini digunakan sebagai ruang membaca terbuka yang selesa. Ianya juga sesuai untuk pertemuan dan perbincangan di kalangan pelajar serta pelanggan Perpustakaan UKM. Pelanggan juga boleh mengakses internet melalui WiFi di ruang ini. Ruang ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV dan pagar keselamatan.
Ruang 24 Jam juga menjadi ruang terbuka untuk aktiviti Perpustakaan dan warga UKM seperti pitching, pidato umum, persembahan projek pelajar dan kuliah terbuka.
Kapasiti Ruang 24 Jam yang baharu ini adalah untuk seramai 115 orang pelanggan.