TPPA bukan berkenaan keluar masuk barang sahaja. TPPA meliputi juga pergerakan output perkhidmatan. Sudah tentu TPPA akan memberi kesan dalam persaingan sektor perkhidmatan di Malaysia, termasuk sektor pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah penyedia pendidikan tinggi pasti akan menerima kesan persaingan yang lebih sengit. UKM akan menghadapi persaingan dari pasaran untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan untuk mendapatkan pengajar yang berkemahiran.
Dalam situasi sumber kewangan yang terhad, dua perkara tersebut adalah sesuatu yang mencabar. Apakah langkah yang perlu dilakukan?