Peta di bawah menunjukkan aras air banjir yang meneggelami Bandar Kajang. Anggaran aras banjir di Bandar Kajang adalah antara 0.2 meter sehingga 1.5 meter. Kawasan yang mengalami aras banjir yang tertinggi ialah kawasan perniagaan yang berhampiran dengan Sungai Jeloh. Kawasan ini ialah kawasan tadahan banjir kerana setiap kali kejadian banjir, kawasan yang berhampiran Sungai Jeloh akan menjadi kawasan tumpuan banjir. Oleh kerana Bandar Kajang adalah kawasan rata dan sedikit berlembah secara buatan, banjir akan tertumpu disini khususnya di bahagian timur Bandar Kajang.
Aras Banjir Bandar Kajang