KEBARANGKALIAN BANJIR
Kebarangkalian banjir atau return period (kala kembali) adalah anggaran jarak masa antara kejadian berdasarkan magnitud atau saiz seperti gempa bumi, banjir dan aliran luahan sungai. Secara teorinya, kebarangkalian untuk sesuatu kejadian berlaku ialah sekali dalam mana-mana tahun.
Kebarangkalian banjir bagi Lembangan Langat iaitu Sungai Langat diukur melalui magnitud luahan sungai iaitu melalui catatan rekod daripada stesen siren Pekan Kajang, Daerah Hulu Langat bagi tempoh 30 tahun iaitu tahun 1981 hingga 2011 di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor.
Tahun |
Luahan Maksimun (m3/s) |
Taraf Magnitud (m) |
Kala Kembali (Tahun) |
% Kebarangkalian |
2009 |
360.8 |
1 |
57.36 |
1.74 |
2004 |
212.0 |
2 |
20.59 |
4.87 |
1982 |
207.1 |
3 |
12.55 |
7.49 |
2008 |
173.5 |
4 |
9.02 |
11.09 |
2006 |
135.7 |
5 |
5.78 |
17.30 |
2007 |
87.6 |
6 |
4.70 |
21.28 |
1985 |
85.5 |
7 |
4.25 |
23.53 |
1993 |
85.4 |
8 |
3.75 |
26.67 |
2011 |
74.1 |
9 |
3.36 |
29.76 |
1995 |
56.2 |
10 |
3.04 |
32.89 |
1984 |
55.7 |
11 |
2.78 |
35.97 |
2005 |
55.2 |
12 |
2.56 |
39.06 |
2010 |
54.2 |
13 |
2.37 |
42.19 |
1991 |
50.8 |
14 |
2.21 |
45.25 |
2000 |
49.3 |
15 |
2.06 |
48.54 |
1988 |
48.0 |
16 |
1.94 |
51.55 |
1997 |
45.7 |
17 |
1.83 |
54.64 |
2002 |
45.7 |
17 |
1.83 |
54.64 |
1981 |
44.9 |
19 |
1.64 |
60.98 |
1989 |
41.8 |
20 |
1.56 |
64.10 |
1983 |
40.5 |
21 |
1.49 |
67.11 |
1996 |
37.2 |
22 |
1.42 |
70.42 |
1994 |
36.7 |
23 |
1.36 |
73.53 |
1987 |
36.1 |
24 |
1.31 |
76.34 |
1986 |
31.3 |
25 |
1.26 |
79.37 |
1990 |
28.4 |
26 |
1.21 |
82.64 |
2003 |
27.1 |
27 |
1.17 |
85.47 |
1992 |
25.7 |
28 |
1.12 |
89.29 |
2001 |
24.1 |
29 |
1.09 |
91.74 |
1999 |
23.8 |
30 |
1.05 |
95.23 |
1998 |
14.2 |
31 |
1.02 |
98.04 |
Berdasarkan catatan rekod, nilai luahan yang tertinggi yang pernah diukur sepanjang tempoh 30 tahun ialah pada tahun 2009 iaitu 360.8 m3/s yang membawa kebarangkalian banjir sekali dalam tempoh 57.36 tahun dengan peratusan kebarangkaliannya ialah 1.74. Bagaimanapun, kebarangkalian banjir ini tidak harus dilihat sebagai tepat kerana kejadian ulangan banjir akan berlaku bergantung kepada situasi dan keadaan cuaca semasa seperti Fenomena La-Nina, perubahan cuaca ekstream dan juga musim monsoon. Bagi Sungai Jeloh yang berada dalam linkungan Lembangan Langat tidak dapat diperolehi memandangkan tiada stesen kawalan aras banjir dibina disepanjang sungai tersebut meskipun Sungai Jeloh adalah faktor utama berlakunya banjir kilat di Pekan Kajang.