Banjir boleh menyerang dengan cepat. Oleh itu, persediaan boleh menyelamatkan diri dan harta benda.
Pelan pemindahan kecemasan adalah pelan kontigensi bagi menyelamatkan diri dan harta benda jika berlakunya bencana. Dalam konteks banjir, pelan pemindahan ini amat berguna kepada masyarakat sekiranya kawasan mereka dinaiki air dalam jangkamasa yang singkat. Dalam keadaan panik menyelamatkan diri, peta pemindahan kecemasan adalah satu informasi yang akan memberikan panduan dimana kawasan tertentu yang tidak ditemggelami air.
Di Bandar Kajang, peta pemindahan banjir di bahagikan kepada empat laluan. Keempat-empat laluan ini adalah kawasan yang tidak dinaiki air (berdasarkan daripada maklumat orang ramai) atau sekurang-kurangnya air pada aras yang rendah yang masih boleh dilalui. Peta pemindahan banjir ini lebih tertumpu pada proses menyelamatkan diri dan harta iaitu kenderaan memandangkan Bandar Kajang adalah tumpuan masyarakat menjalankan aktiviti perniangaan dan perkhidmatan.
Bagaimanapun peta pemindahan yang dinyatakan tidak semestinya jalan keluar semasa kejadian banjir berlaku. Kemalangan jalan raya, keadaan banjir yang ekstream akan menjejaskan samada jalanraya dibuka atau sebaliknya. Pihak keselamatan akan memberikan info sekiranya perlu dilencongkan ke jalan alternatif. Peta pemindahan ini berdasarkan kepada rekod banjir yang berlaku dalam tempoh 5 tahun dan andaian pada masa akan datang.
Peta pemindahan kecemasan banjir ini di bahagikan kepada empat kawasan berdasarkan dimana anda berada pada masa kejadian banjir.
Route 1: Banjir di Jalan Raja Harun, Jalan Bukit, Pasar Besar Kajang
Laluan kecemasan: Jalan menuju ke kawasan perumahan di Jalan Bukit dan Taman Bukit Mewah
Route 2: Banjir di Jalan Sulaiman, Jalan Tukang, Jalan Besar Plaza Metro
Laluan kecemasan: Jalan bertingkat (flyover) ke Bandar Baru Bangi dan Jalan Reko
Route 3: Banjir di Jalan Harun, Jalan Sulaiman, Jalan Besar, Jalan Mandaling
Laluan kecemasan: Jalan besar menuju ke Jalan Semenyih