Metode

Sistem Sokongan Pembuat Keputusan (DSS) adalah satu alat analitikal yang dapat membantu mengenal pasti pilihan untuk membuat keputusan yang berikutnya. Ianya menyediakan bentuk pemahaman secara visual (video, gambar, carta) yang dapat memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat untuk memahami sesuatu bencana yang berlaku.

DSS ini menggabungkan beberapa data maklumat iaitu sistem GIS, data sejarah hidrologi dan beberapa maklumat asas persekitaran manusia yang dapat membantu dalam merangka pelan kontigensi sekiranya berlaku kecemasan pada masa bencana berlaku. Dari segi pemodelan banjir, kajian ini menggunakan model simulasi hidrologi berkomputer iaitu XP-SWMM dalam mensimulasi kejadian banjir dengan menggunakan data sebenar . Selain itu, pengguna perisian tambahan lain turut digunakan iaitu CorelDraw  dan janaan gambar jelas daripada Google Earth.

Dari segi pengumpulan data, kajian ini mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Kajang (MBKj),  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), ahli penyelidik dan orang perseorangan dalam memberikan data yang diperlukan dalam membangunkan sistem ini.

Kajian ini menganalisis beberapa aspek hidrologi dalam mensimulasikan model banjir iaitu daripada dapatan data asas sehingga kepada analisis kala kembali banjir berdasarkan rekod 30 tahun. Huraian ringkas dan hasil kajian ditunjukkkan dalam link ini :

Ciri-ciri Banjir

Aras Air

Peta Laluan Kecemasan

Kala Kembali Banjir