1.      Am

 

Amalan penggunaan huruf-huruf awal (initials) pada nama-nama oleh pengarang-pengarang Melayu telah lama wujud dan telah diterima tanpa persoalan oleh semua pihak. Kita sudah biasa dengan amalan menyingkatkan ABDUL menjadi A. , BIN menjadi b. , HAJI menjadi H. , MOHD. Menjadi M. , dan sebagainya.

 

Dengan perkembangan pesat di dalam bidang penulisan dan penerbitan di Malaysia dan usaha-usaha para pustakawan untuk menguruskan pengawalan bibliografis di atas bahan-bahan tersebut, maka dirasa keperluannya untuk menggariskan beberapa panduan umum sebagai pedoman di dalam kerja-kerja mengkatalog dan mengindeks supaya katalog-katalog dan indeks-indeks yang kita mewujudkan fungsi utamanya, iaitu menghimpunkan data bibliografi mengenai semua karya oleh seseorang penulis di suatu tempat, dengan rujukan-rujukan silang dari bentuk nama-nama lainnya kepada nama yang telah ditetapkan berdasarkan kriteria-kriteria yang munasabah.

 

 

2.      Huruf-huruf awal pada nama-nama Melayu

 

Huruf-huruf awal wujud di permulaan nama, di pertengahan nama dan di hujung nama.

 

 

3.      Huruf awal pada permulaan nama

 

Bila kita meneliti penggunaan huruf-huruf awal pada permulaan nama, kita dapat melihat empat jenis amalan.

 

3.1.1         Huruf awal itu ialah huruf bagi satu bahagian dari nama penuh pengarang. Pada lazimnya, ini ialah huruf A. Di dalam budaya kita, A di hadapan salah satu daripada 99 nama Allah S.W.T mestilah singkatan bagi ABDUL.

 

 

Contoh:

 

A.      Ghafar Ibrahim (Abdul Ghafar Ibrahim)

A.      Latiff Mohidin ( Abdul Latiff Mohidin)

A.      Samad Ismail ( Abdul Samad Ismail)

A.      Samad Said (Abdul Samad Said)

A.      Wahab Ali (Abdul Wahab Ali)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.1.2         Sekiranya A berada di hadapan nama BAKAT, A ini ialah huruf awal bagi  ABU seperti di dalam nama:

 

A.      Bakar Hamid (Abu Bakar Abdul Hamid)

 

3.1.3         Nama-nama yang telah disingkirkan oleh pengarang-pengarang ialah:

 

M = MOHD. Seperti :

 

M. Noor Azam (Mohd. Noor Yusof)

 

S = SYED seperti :

 

S. Husin Ali (Syed Husin Ali)

S. Othman Kelantan ( Syed Othman Syed Omar)

 

T = Tengku seperti:

T. Alias Taib (Tengku Alias Taib)

 

 

3.2       Amalan kedua yang dapat kita perhatikan ialah penggunaan huruf-huruf awal di hadapan nama diri yang merupakan singkatan bagi filiar indicator BIN dan NAMA BAPA

 

Contoh:

 

                         B.A.R. Mokhzani (Mokhzani bin Abdul Rahim)

 

                         B.A Hamzah (Hamzah bin Ahmad)

 

                         B.H Shafruddin (Shafruddin bin Hashim)

 

 

Juga di adalam golongan ini tetapi tanpa huruf B dan BIN ialah:

 

H.M Dahlan (Mohd. Dahlan Haji Aman)

 

A.R Zahari (Zahari Abdul Rashid)

 

P. Ramlee (Ramlee bin Puteh)

               

A.R Kamaludin (Kamaludin Abdul Razak)

 

H.M.S Hood (Hood Haji. Salleh)

 

 

 

 

 

 

 

3.3       Amalan ketiga ialah penggunaan huruf awal bagi semu nama diri dikuti dengan nama bapa dengan sepenuhnya

 

Contoh:

 

                         W.K. Che Man (Wan Kadir Che Man)

 

                         A.A Bidin (Abdul Aziz Bidin)

 

                         A.D.H Mohamad (Ahmad Daman Huri Mohamad)

 

                         K.H Hussein (Khatijah Haji Hussein)

 

                         M.S. Mohamad Said (Mohd. Salleh Mohamad Said)

 

                         M.D Hamzah (Mohd. Daud Hamzah)

 

3.4       Amalan yang keempat ialah penggunaan huruf awal yang lebih merupakan nama pena seseorang penulis.

 

Contoh:

 

                         A.S. Amin (Adnan bin Haji Abdul Rahman)

 

                         S. Iskandar (Ismail bin Ahmad)

 

                         M. Foerida (Muhammad Ariff bin Ahmad)

 

                         A.M. Thani (Mohd. Thani bin Ahmad)

 

4.      Huruf awal apa pertengahan nama

 

Huruf awal pada pertengahan nama merupakan singakatan bagi nama diri atau sebahagian daripada nama bapa.

 

Contoh:

 

                Farid M. Onn (Farid Mohamed Onn)

 

                Rustam A. Sani (Rustam bin Abdullah Sani)

 

                Mashudi B. H. Kader (Mashudi bin Haji Kader)

 

                Zakri A. Hamid (Zakir Abdul Hamid)

 

 

 

 

 

 

5.      Huruf awal pada hujung nama

 

5.1       Huruf awal di hujung nama adalah gaya nama pena.

 

Contoh:

 

                    Rejab F.I (Rejab bin Ismail)

 

                    Noor S.I (Ismail bin Haji Omar)

 

                    Masuri S.N. (Masuri Salikun)

 

                    Baharuddin C.D. (Baharudin Sidi)

 

                    Marsli N.O. (Ramli Selamat)

 

5.2       Nama diri atau sebahagian daripadanya adalah dengan penuh, tetapi nama bapa disingkirkan di hujung nama.

 

Contoh:

 

                         Hadzrami A.R. ( Hadzrami bin Abdul Rahman)

 

                         Syed S.S.H. (Syed Shamsuddin Syed Hussain)

 

                         Ramli J. (Ramli Jaya)

 

                         Ungku Maimunah M.T (Ungku Maimunah Mohd. Tahir)

 

                         Sharifah Mastura S.A (Sharifah Mastura Syed Abdullah)

 

 

6.      Rumusan

 

Dari corak dan bentuk penggunaan huruf-huruf awal sperti yang dijelaskan secara ringkas di atas, dapat kita merumuskan beberapa peraturan. Di dalam semua kes, keutamaan kehendak diberikan kepada nama diri sama ada nama diri atau nama penih atau huruf-huruf awal.

 

 

6.1       Huruf awal pada permulaan nama

 

6.1.2 Ikutlah amalan seseorang penulis yang memulakan namanya dengan huruf awal apabila jelas dan nyata bahawa huruf awal itu adalah sebahagian daripada nama dirinya.

 

A.      Samad Ismail

 

X  Abdul Samad Ismail

 

 

A.      Bakar Hamid

 

X    Abu Bakar Abdul Hamid

 

M.   Noor Azam

 

X    Mohd. Noor Yusof

 

S.   Husin Ali

 

X   Syed Husin Ali

 

T.  Alias Taib

 

X   Tengku Alias Taib

 

 

6.1.3 Bagi nama-nama yang bermula dengan huruf B dengan maksud BIN dan huruf-huruf yang nyata adalah nama bapa, mulakan dengan nama penuh yang ada di belakang huruf-huruf tersebut dan pindahkan semua huruf ke hujung.

 

Mokhzani B.A.R atau

 

Mokhzani bin Abdul Rahim

 

X B.A.R Mokhzani

 

Hamzah B. A. atau

               

Hamzah bin Ahmad

 

X B.A. Hamzah

 

Shafruddin B. H. atau

 

Shafruddin bin Hashim

 

X B.H. Shafruddin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.1.4 Bagi nama-nama yang bermula dengan huruf awal yang nyata dan jelas adalah singkatan bagi nama bapa seseorang penulis, pilihlah nama diri di hujung dan pindahkan semua huruf awal ke hujung.

 

Zahari A.R atau

 

Zahari Abdul Rashid

 

X  A.R Zahari

 

Ramlee P. atau

 

Ramlee bin Puteh

 

X  P. Ramlee

 

Dahlan H. M. atau

 

Mohd. Dahlan Haji Aman

 

X  H.M Dahlan

 

Hood H. M. S atau

 

Hood Haji Mohd. Salleh

 

X  H.M.S Hood

 

 

6.1.5 Bagi nama-nama yang bermula dengan huruf-huruf awal bagi nama diri dan berakhir dengan nama penuh bapa, ikutlah susunan nama seperti yang digunakan jika nama-nama penuh tidak dapat dipastikan daripada sumber-sumber rujukan atau biografi.

 

                W. K. Che Man atau

 

                Wan Kadir Che Man

 

                X  Che Man, W.K.

 

A.      A. Bidin atau

 

Abdul Aziz Bidin

 

X Bidin, A. A.

 

 

 

 

 

 

6.3   Huruf awal pada hujung nama

 

6.3.1 Bagi nama-nama pena, ikutlah susunan nama seperti yang digunakan oleh penulis.

 

 

                                Rejab F. I.   atau

                                Rejab bin Ismail

                                Noor S. I. atau

                                Ismail bin haji Omar

                                Masuri S.N atau

                                Masuri Salikun

                                Baharuddin C. D atau

                                Baharudin Sidi  

 

6.3.4 Bagi nama-nama diri atau sabahagian daripadanya yang penuh diikuti dengan singkatan nama bapa, ikutlah susunan nama seperti yang diberikan.

                                Hadzrami A. R. atau

                                Hadrami Abdul Rahman

                                X  A.R Hadzrami

                                Syed S. S. H. atau

                                Syed Shamsuddin Syed Hussein

                                X S. S. H. Syed

                                Ramli J. atau

                                Ramli Jaya

                                X  J. Ramli

 

 

 

                                Ungku Maimunah M. T. atau

                                Ungku Maimunah Mohd. Tahir

                                X M.T. Ungku Maimunah

                                Sharifah Mastura S. A. atau

                                Sharifah Mastura Syed Abdullah

                                X  S.A. Sharifah Mastura

 

7.       Penutup

Penggunaan huruf-huruf awal pada nama-nama kini berleluasa, lebih-lebih di kalangan para saintis yang banyak menulis kertas-kertas kerja untuk persidangan-persidangan kebangsaan dan antarabangsa, makalah-makalah di dalam jurnal-jurnal akademik tempatan dan antarabangsa. Mereka juga menggunakan nama-nama mereka dengan huruf-huruf awal di dalam senarai rujukan dan nota kaki mereka.

 

Para pustakawan yang mengkatalog dan mengindeks karya-karya ini memerlukan sumber-sumber rujukan seperti kalendar-kelandar universiti, laporan-laporan tahunan atau buku-buku panduan institusi-institusi penyelidikan untuk disemak nama-nama yang ditemui dalam karya-karya tersebut.

 

Dalam semua hal, utamakan NAMA DIRI seseorang penulis sama ada nama dirinya didapati di dalam bentuk nama penuh atau di dalam bentuk huruf-huruf awal.