|
A. BUKU /BAHAN HILANG DIGANTI DENGAN WANG (BUKU DITERIMA DARI BAHAGIAN PEROLEHAN) |
|
1.Terima surat “menggantikan Buku Hilang” dari JPPM |
|
2.Catatkan perkataan “ Hilang” dengan pensil di Kad Katalog Susunan Rak bagi naskhah berkenaan |
|
3.Serahkan surat “Menggantikan Buku Hilang” yang diterima dari JPPM bersama dengan cetakan rekod Virtua bahan berkenaan serta boring Tindakan Buku Hilang dari Bahagian Katalog kepada Bahagian Perolehan untuk urusan pembelian |
|
4. Bila bahan diterima oleh Bahagian Perolehan : |
-Tampal barcode (pre-printed dan catatkan pada muka surat 11) |
-Beri no. aksesyen yang sama seperti buku asal |
-Cop hak milik Perpustakaan |
-Emboss |
(Nota : Langkah 4 dilakukan oleh Bahagian Perolehan) |
|
|
5.Terima bahan dari Bahagian Perolehan : |
|
6.Semak Sistem Virtua/Kad Katalog Sususnan Rak untuk menentukan status bahan, sama ada : |
-Edisi tersebut sama dengan yang asal |
-Edisinya berlainan dengan yang asal |
|
|
Jika edisi buku/bahan sama |
1.Semak buku/bahan berkenaan untuk mempastikan nombor aksesyen yang diberi sama dengan yang asal dan lakukan pembetulan jika perlu. |
|
2.Buat penyuntingan rekod dalam Sistem Virtua (tukarkan nombor item lama kepada yang baru dan tukarkan lokasi bahan). |
|
3.Cop “Buku Gantian” pada halaman judul. |
|
4.Gunakan nombor naskhah yang sama seperti asal. |
|
5.Proses seterusnya adalah seperti biasa. |
|
6.Padamkan catatan perkataan “Hilang” di Kad Katalog Susunan Rak (Aktiviti Bhg. A. no. 2). |
|
|
Jika edisi buku/bahan berlainan |
1.Catatkan perkataan “Hilang dan diganti dengan edisi …” di Kad Katalog Susunan Rak bagi naskhah berkenaan. |
|
2.Semak buku/bahan berkenaan untuk mempastikan nombor aksesyen yang diberi sama dengan yang asal dan buat pembetulan jika perlu. |
|
3.Buat penyuntingan rekod dalam Sistem Virtua berdasarkan maklumat buku berkenaan (pada rekod buku yang hilang tersebut) dan tukarkan nombor item lama kepada yang baru serta tukarkan lokasi bahan, (jika buku/bahan hanya satu naskhah sahaja). |
|
4. “Create” rekod baru jika : |
a- Edisi buku/bahan berkenaan belum lagi ada di perpustakaan. |
b- Edisi asal buku/bahan berkenaan melebihi 1 naskhah (Rekod buku/bahan hilang itu perlu dikekalkan). |
|
5. Jika buku/bahan berkenaan adalah naskhah tambahan nombor naskhahnya bersambung. |
|
6. Proses seterusnya adalah seperti biasa. |
|
|
B. BUKU/BAHAN DIGANTI DENGAN BUKU/BAHAN (DITERIMA TERUS DARI JPPM) |
Terima surat “Menggantikan Buku Hilang” bersama dengan buku/bahan dari JPPM |
|
1.Semak Sistem Virtua/Kad catalog susunan Rak untuk menentukan status bahan samada : |
a- Edisi buku/bahan tersebut sama dengan yang asal. |
b- Edisinya berlainan dengan yang asal. |
|
|
Jika edisi yang sama |
1.Tampal barcode (pre-printed) dan beri no. aksesyen yang sama seperti buku asal serta catatkan di muka surat 11. |
|
2.Cop hak milik Perpustakaan dan emboss. |
|
3.Buat penyuntingan rekod dalam Sistem Virtua (tukarkan no. item lama kepada yang baru dan tukarkan lokasi bahan). |
|
4.Cop buku gantian pada halaman judul. |
|
5.Gunakan nombor naskhah yang sama seperti asal. |
|
6. Proses seterusnya adalah seperti biasa. |
|
7.Serahkan surat Menggantikan Buku Hilang yang diterima dari JPPM bersama borang Tindakan Buku Hilang dari Bahagian Katalog kepada Bahagian Perolehan untuk difailkan |
|
|
Jika edisi buku/bahan berlainan |
1.Tampal barcode (pre-printed) dan beri no. aksesyen yang sama seperti buku asal serta catatkan di muka surat 11. |
|
2.Cop hak milik Perpustakaan dan emboss. |
|
3.Buat penyuntingan rekod dalam system Virtua berdasarkan maklumat buku berkenaan (pada rekod buku yang hilang tersebut) dan tukarkan nombor item lama kepada yang baru serta tukarkan lokasi bahan, jika buku/bahan hanya satu naskhah sahaja. |
|
4. “Create” rekod baru jika : |
- Edisi buku/bahan berkenaan belum lagi ada di perpustakaan. |
- Edisi asal buku/bahan berkenaan melebihi 1 naskhah (rekod buku/bahan hilang itu perlu dikekalkan). |
|
5.Jika buku/bahan berkenaan adalah naskhah tambahan nombor naskhahnya mestilah bersambung. |
|
6.Cop “Buku Gantian” berkenaan pada halaman judul. |
|
7.Proses seterusnya adalah seperti biasa. |
|
8.Serahkan surat “Menggantikan Buku Hilang” yang diterima dari JPPM bersama borang Tindakan Buku Hilang dari Bahagian Katalog kepada Bahagian Perolehan untuk difailkan. |
|
|