EKORELAWAN UKM

 With knowledge, we serve the community

Pertandingan Infografik Alam Sekitar Ekorelawan UKM 2021

PENGENALAN

Pertandingan Infografik Alam Sekitar dianjurkan bersama Kelab Ekorelawan UKM dan Institut Alam Sekitar  dan Pembangunan (LESTARI) UKM bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021. Pertandingan ini diadakan adalah untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti mahasiswa dalam memberikan gambaran dan rumusan berkaitan dengan fakta-fakta berkenaan dengan alam sekitar. Ini secara langsung dapat meningkatkan cakna mahasiswa/i IPT dalam melihat isu dan cabaran pengurusan alam sekitar di Malaysia.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1. Tema infografik adalah berasaskan “PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR”. Peserta boleh menggunakan maklumat berkenaan alam sekitar seperti contohnya pengurusan sisa, air, tenaga, hutan, bencana alam atau isu-isu alam sekitar. 

  2. Terbuka kepada semua pelajar IPT

  3. Infografik boleh dihasil dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

  4. Peserta wajib mempersembahkan maklumat dalam bentuk infografik mengikut kreativiti masing-masing.

  5. Maklumat yang digunakan perlulah tepat dan sahih dan perlu dinyatakan sumber maklumat.

  6. Infografik yang dihasilkan mestilah karya asli dan tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan lain. Jika bukan karya asli, pihak pengajur berhak membatalkan penyertaan.

  7. Peserta tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama serta politik dalam karya masing-masing.

  8. Hasil karya yang dihantar berhak digunakan oleh KELAB EKORELAWAN/ UKM (penganjur) untuk program-program kesedaran dan perkongsian maklumat.

  9. Keputusan Juri adalah Muktamad

PENJURIAN

  1. Semua penyertaan akan melalui saringan bagi menentukan finalis di peringkat akhir yang akan bersaing pada acara dalam talian pada 22 Mei 2021. Finalis yang terpilih akan membentangkan hasil karya masing-masing selamat 3 minit secara dalam talian.
  2. Penjurian juga adalah berdasarkan perkara berikut:
    Peringkat Saringan – 50% kandungan/maklumat/fakta dan 50%kreativiti/persembahan /rekabentuk
    Peringkat Akhir –
    a. 10% Undian dalam Fb Kelab Ekorelawan UKM yang dibuka selama 2 minggu dari tarikh acara akhir.
    b. 50% kandungan/maklumat/fakta
    c. 40% kreativiti/persembahan/rekabentuk 

HADIAH

Tempat Pertama – Wang Tunai RM200.00 berserta sijil
Tempat Kedua – Wang Tunai RM150.00 berserta sijil
Tempat ketiga – Wang Tunai RM100.00 berserta sijil

PENYERTAAN

  1. Peserta perlulah menghantar karya infografik melalui borang dalam talian ini. sila klik di sini
  2. Semua karya perlulah dihantar sebelum atau pada 22 April 2021.

PERTANYAAN LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Charaniyaa – http://wa.me/60186607910
Ain – https://wa.me/601137967713
Nawwar – http://wa.me/60134987082