Sekretariat Endowmen & Kedermawanan Kampus Kuala Lumpur

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Apa Itu Endowmen ?

Endowmen ialah aset kewangan yang didermakan kepada institusi yang tidak berteraskan keuntungan sama ada dalam bentuk tabung pelaburan atau harta modal dan tatacara penggunaanya telah ditetapkan oleh penderma. Kebanyakan endowmen kebiasannya menetapkan wang dividen hasil pelaburan yang diterima akan dibelanjakan dan menyimpan secara tetap wang derma asal.

Sebagai inisiatif baru, Sekretariat Endowmen dan Kedermawanan Kampus Kuala Lumpur mempelawa dermawan dalam kalangan individu atau organisasi di sektor awam dan swasta untuk menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada wang ringgit atau bentuk fizikal dan pelaburan bagi meningkatkan dana endowmen dalam usaha untuk memastikan kelestarian perkhidmatan yang tersedia di UKM Kampus Kuala Lumpur.

Hala tuju masa hadapan universiti adalah melalui dana endowmen supaya UKM Kampus Kuala Lumpur tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Kewujudan tabung endowmen ini mampu merealisasikan lebih banyak harapan untuk membantu para pesakit dan pelajar, merancakkan aktiviti penyelidikan, memacu sistem pengajaran dan pembelajaran terkini serta meringankan kos operasi universiti.


Objektif Endowmen


1)  Memberi kuasa kepada PTj untuk membuat perancangan dan menguruskan halatuju Endowmen mengikut garis panduan yang telah disediakan.
2)  Pembudayaan Endowmen di setiap PTj agar penjanaan dapat ditingkatkan.
3)  Memperkasakan aktiviti penjanaan dana Endowmen yang lebih fokus dan spesifik mengikut dasar penubuhan tabung.
4)  Merancang pelan jangka masa pendek yang lebih jelas dan bersistematik bagi memastikan hala tuju dan perancangan dijalankan dengan lebih cekap dan efisen.