Tabung Wakaf Khas Klinik Jagaan Luka & Stoma
Pengenalan
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menawarkan pelbagai khidmat kepakaran dan kemudahan perubatan khususnya untuk penduduk di sekitar Cheras, Ampang, Bangi, Hulu Langat dan Beranang. HCTM juga mendapat rujukan pesakit dari seluruh Semenanjung Malaysia.
Antara kemudahan yang disediakan ialah perkhidmatan cucian luka dan penjagaan stoma. Kesesakan tempat cucian sedia ada dan struktur bilik yang kurang sesuai, maka ia perlu dipindahkan ke tempat yang baru dikhususkan untuk tempat cucian luka dan stoma. Pengasingan dengan pesakit lain juga perlu untuk memberi laluan untuk pesakit lain mendapat rawatan dan ruang menunggu di klinik. Lokasi cadangan adalah di depan pintu masuk HCTM dan pesakit tidak perlu ke bangunan utama untuk mendapat rawatan cucian.
Objektif
- Memberi kemudahan berpusat di klinik dan khusus kepada pesakit untuk penjagaan/ pencucian luka dan stoma dan menjadikan klinik ini sebagai Centre of Excellance.
- Menjimatkan kos rawatan dan mengurangkan tempoh rawatan setiap hari kepada dua minggu sekali terutama pesakit yang memerlukan rawatan untuk mencuci luka dengan menggunakan alatan yang dikhaskan yang berteknologi tinggi untuk penjagaan luka.
- Menyediakan perkhidmatan untuk golongan B40 disamping menjimatkan masa dan mesra pelanggan.