Sekretariat Endowmen & Kedermawanan Kampus Kuala Lumpur

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Tabung Wakaf Khas Klinik Sihat@UKM

Pengenalan

Peningkatan kadar penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan. NCD membawa kepada pelbagai komplikasi seperti strok, amputasi anggota badan, masalah pendengaran, penglihatan, pertuturan dan tekanan psikologi yang membawa kepada penurunan kualiti hidup. 

Peningkatan usia dan juga kemodenan yang pesat juga menyebabkan ramai golongan kurang upaya ataupun warga emas yang mendiami rumah-rumah kebajikan. Golongan-golongan ini amat memerlukan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sempurna terutamanya perkhidmatan rehabilitasi.

Objektif

  • Menyediakan wadah untuk warga FSK berperanan dan menyumbang khidmat sosial kepada masyarakat melalui aplikasi kepakaran masing-masing.
  • Masyarakat luar bandar khususnya B40 mendapat pemeriksaan kesihatan secara percuma.
  • Memberi kesedaran kepada komuniti tentang penjagaan kesihatan.
  • Memberi rawatan pemulihan kepada golongan kurang upaya dan warga emas.