Tips

Selamat Datang ke Program CRed

Selamat Datang ke Program CRed @ UKM – ini adalah permulaan terhadap sumbangan anda kepada pengurangan karbon di Universiti Kebangsaan Malaysia. CRed adalah untuk semua di UKM – staff akademik, sokongan, pelajar dan pelawat.
 
UKM ialah sebuah institusi pengajian tinggi yang terkenal dengan pengajaran dan penyelidikan berkaitan alam sekitar.  Kini usaha giat sedang dijalankan di dalam penyelidikan berkaitan perubahan iklim.  CRed @ UKM berhasrat menerajui usaha pengurangan karbon di peringkat institusi pendidikan di Malaysia.

Pengurangan karbon adalah penting sebagai pelindungan untuk generasi masa hadapan.  Setiap individu harus bertanggungjawab terhadap impak yang dihasilkan dan penggunaan sumber alam.

Program Pengurangan Karbon bukanlah satu isu teknikal sahaja tetapi ianya melibatkan perubahan gaya hidup di tempat kerja, di rumah dan diantaranya.

 

28 June 2009

Kadaruddin Aiyub 

 

PROGRAM KECEKAPAN TENAGA KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN BERMULA

 

 

a

 

1

 

1

 

Tahniah!! Saudara/i telah terpilih memasuki sebuah universiti ‘kebangsaan’ yang terunggul di Malaysia.  Di Universiti Kebangsaan Malaysia, kami berpegang kepada falsafah universiti iaitu;

 

Text Box: ‘Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanafaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti’  

 


Di UKM kami mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.  Selaras dengan itu, Program Kecekapan Tenaga dijalankan disemua kolej kediaman UKM bagi membantu mengurangkan pelepasan gas CO2 dan mengurangkan pembakaran bahan api fosil yang menyebabkan Perubahan Iklim.

 

Apa yang anda boleh lakukan!!!

 

1. Anda sudah tentu melihat penanda ini. 

Text Box: Matikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan. Tutup lampu sebelum keluar dari bilik untuk ke kuliah atau ke tempat lain.    Bahan api fosil digunakan untuk menjana elektrik yang menyebabkan pelepasan gas rumah hijau.1 

2. Kurangkan penggunaan kenderaan persendirian.  Gunakan pengangkutan awam. Ini boleh mengurangkan kesesakan dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

3. Kitar semula barangan yang diguankan.  Kurangkan penggunaan plastik.  Pertambahan sisa buangan menyebabkan pelepasan gas methane yang tinggi di tapak pelupusan. 

4. Beli Barangan Buatan Malaysia.  Di samping membantu ekonomi negara, kita mampu mengurangkan pelepasan CO2 melalui pengangkutan dan juga proses pembuatan barangan.

1 5. Gunakan kalender yang Saudara/i perolehi sewaktu pendaftaran untuk merangka tindakan anda.  Jadikan tahun 2009 tahun ANDA peka terhadap perubahan iklim dan mula bertindak.

 

 

 

ANDA BOLEH MEMBANTU MENGATASI PERUBAHAN IKLIM.

 

© CRed @ UKM 2009. all rights reserved | Engineered By aWiTyANz