CodeIgniter 4: Pemasangan Pantas Menggunakan Laragon

  • Post author:
  • Post category:php
  • Post comments:0 Comments

Pelbagai Kaedah boleh digunakan untuk memasang Framework MVC CodeIgniter 4 dan manual pengguna boleh didapati di sini.

Secara peribadi saya lebih gemar menggunakan Laragon (untuk platform Windows) kerana

  1. Kemaskini Virtual Hosts secara auto untuk pretty URL
  2. Penetapan SSL yang mudah

Untuk memasang CodeIgniter 4 menggunakan Laragon boleh gunakan langkah-langkah seperti di bawah.

  1. Muat Turun dan Pasang Laragon
Antaramuka Laragon selepas pemasangan.
  1. Tekan butang Menu atau klik kanan pada mana-mana bahagian dalam perisian Laragon. Pilih Menu Quick app > Configuration…
Antaramuka menu pilihan

Satu fail sites.conf akan dibuka seperti berikut

Antaramuka fail sites.conf yang dibuka menggunakan Notepad++
  1. Tambah kod berikut sebelum # WordPress (line 8) dan Save dan tutup tetingkap Notepad++
# CodeIgniter 4
CodeIgniter 4=composer create-project codeigniter4/appstarter %s
CodeIgniter 4 --no-dev=composer create-project codeigniter4/appstarter %s --no-dev
Antaramuka fail sites.conf setelah penambahan kod di atas.
  1. Aktifkan SSL dengan menggunakan tetapan berikut. Menu Apache > SSL > Enabled

Dan Tambah certificate laragon ke laragon.crt to Trust Store dengan menggunakan Menu Apache > SSL > Add laragon.crt to Trust Store

  1. Mulakan Server dengan Menekan butang Start All
  1. Klik Menu. Pilih Quick app > Pilih CodeIgniter 4 atau CodeIgniter 4 –no-dev
  2. Masukkan nama projek; Contoh projek dan tekan butang Ok.
Antaramuka fungsi Quick app
  1. Satu Command Line Interface (CLI) akan dipaparkan untuk menunjukan proses pemasangan CodeIgniter 4.
Antaramuka Command Line untuk proses pemasangan
  1. Klik butang Yes pada prompt Windows Command Processor seterusnya untuk proses mendapatkan pretty url dan penetapan SSL
  2. Kemudian taip arahan berikut dalam Command Prompt dan tekan butang Enter untuk create fail environment development
php spark env development
Antaramuka Command Line untuk arahan php spark env development

Satu fail .env akan dibuat pada rootpath projek dan persekitaran projek ditetapkan pada development

Antaramuka Command Line menunjukkan persekitaran dietapkan pada pembangunan
  1. Buka fail .env dan kemaskini pembolehubah app.baseURL
app.baseURL = 'https://project.test'
Antaramuka Text Editor penetapan app.baseURL

Untuk memulakan projek lain pada masa akan datang hanya perlu jalankan langkah bermula dari nombor 5 sehingga 11.


Untuk melihat hasil pemasangan di atas, buka site project https://project.test dengan menggunakan web browser

Halaman Welcome to CodeIgniter dipaparkan

Untuk membuka Debug Toolbar klik icon CodeIgniter pada bahagian bawah kanan

Debug Toolbar dipaparkan setelah menekan ikon CodeIgniter

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.