Jabatan Farmakologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PROGRAM YANG DITAWARKAN 

1. Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi) 

Terdapat dua mod yang ditawarkan dalam program ini:

 

a) Mod Campuran

  • Berlangsung melalui kerja kursus dan disertasi. 
  • Melalui program ini, penekanan kepada pemahaman yang menyeluruh berkenaan  Farmakologi dan sesuai untuk pelajar yang berhasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang akademik. 

 

b) Mod Penyelidikan

  • Berlangsung melalui kerja penyelidikan di bawah seliaan ahli akademik fakulti untuk menghasilkan tesis penuh pada akhir program. 
  • Melalui program ini, calon dapat meneroka topik penyelidikan dalam pelbagai bidang dan disiplin dalam skop Sains Perubatan, serta memperoleh keupayaan untuk berfikir secara analitikal dan mempunyai pemahaman yang baik tentang bidang (farmakologi).

Matlamat utama kedua-dua program adalah untuk melahirkan graduan yang berkaliber tinggi, berpengetahuan, profesional dan beretika dengan keupayaan untuk membangunkan sikap pembelajaran sepanjang hayat.

 

2. Doktor Falsafah, PhD (Farmakologi)

Hanya satu mod ditawarkan dalam program ini:

a) Mod Penyelidikan 

  • Berlangsung melalui kerja penyelidikan di bawah seliaan ahli akademik fakulti untuk menghasilkan tesis penuh pada akhir program. 
  • Melalui program ini, calon dapat mencari penemuan pengetahuan yang mendalam dan novel, mempunyai pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, dan merancang untuk kemajuan kerjaya.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berkelayakan dan berdaya saing untuk tenaga kerja.

TEMPOH PENGAJIAN

1. Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi)- Mod Campuran

  • Ia adalah program sepenuh masa untuk dua tahun (4 semester). Tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan adalah 3 tahun (6 semester). 
  • Kerja kursus dijalankan sepanjang 2 semester pertama, diikuti dengan 2 semester penyelidikan dengan disertasi. 
  • Program ini bermula pada Semester 1 setiap sesi akademik. Permohonan kemasukan biasanya dibuka pada bulan April.

 

2. Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi)- Mod Penyelidikan

  • Ia adalah program dua tahun (4 semester). Tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 3 tahun (6 semester) untuk pelajar sepenuh masa dan 8 semester untuk pelajar separuh masa. 
  • Setiap calon dikehendaki menghantar tesis pada akhir tempoh penyelidikan sebelum dianugerahkan ijazah sarjana. 
  • Permohonan untuk program ini boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.

3. Doktor  Falsafah, PhD – Mod Penyelidikan

  • Ia adalah program tiga tahun (6 semester). Tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 6 tahun (12 semester) untuk pelajar sepenuh masa dan 7 tahun untuk pelajar separuh masa. 
  • Setiap calon dikehendaki menghantar tesis pada akhir tempoh penyelidikan sebelum dianugerahkan ijazah Kedoktoran.
  • Permohonan untuk program ini boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.