Jabatan Farmakologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Struktur Program

 

STRUKTUR PROGRAM

  • Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi)- Mod Campuran

Reka bentuk program ini merangkumi dua tahun, di mana pada tahun pertama, calon memperoleh pengetahuan mendalam mengenai Farmakologi dengan mengikuti modul kerja kursus (topik kursus disertakan).  

Pada akhir semester pertama, calon digalakkan untuk mengenal pasti dan membincangkan projek yang berpotensi untuk komponen penyelidikan dan bertemu dengan penyelia. Calon akan memulakan kerja berasaskan makmal mereka secepat mungkin pada awal tahun kedua. Kursus Bahasa Melayu adalah wajib untuk semua pelajar antarabangsa.

 

TahunSemesterKodKursusKredit Unit
Tahun 1
(25 unit)
Semester 1FM 6115Laboratory instrumentation and techniques I5
FM 6211Pharmacologic profile of selected drugs1
FM 6312Basics in Pharmacology Teaching I2
FM 6163 Basics Medical Statistics3
FM 6143Research Methodology3
Jumlah unit (Semester 1, Tahun 1)14
Semester 2FM 6126Laboratory instrumentation and techniques II6
FM 6221Journal Criticism1
FM 6321Seminars on Thesis-related topics4
FM 6422Basics in Pharmacology Teaching II2
FM 6521Advanced Pharmacology1
Jumlah unit (Semester 2, Tahun 1)11
Tahun 2
(16 unit)
Semester 1FM 6118 Research Project/Dissertation8
Total units (Semester 1, Tahun 2)8
Semester 2FM 6128 Research Project/Dissertation8
Total units (Semester 2, Tahun 2)8

1 unit = 40 jam bersemuka

 

  • Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi)- Mod Penyelidikan
  • Doktor of Falsafah, PhD (Farmakologi) 

Calon yang mendaftar dalam mod penyelidikan akan menghabiskan sebahagian besar masa pengajian untuk aktiviti penyelidikan. Semua calon perlu menghadiri dan lulus kursus Kaedah Penyelidikan di awal pengajian. Kursus Bahasa Melayu pula adalah wajib untuk semua pelajar antarabangsa.


Untuk mod ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan seperti membuat ulasan artikel, merekabentuk dan menjalankan eksperimen, pengumpulan dan analisis data, membuat keputusan, penulisan tesis dan manuskrip, serta pembentangan di seminar dan persidangan.