JABATAN FARMAKOLOGI
Jabatan Farmakologi merupakan sebuah jabatan pra-klinikal di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ia ditubuhkan pada tahun 1974. Pada masa itu jabatan ini terletak di Jalan Dr. Latif, Kuala Lumpur, berdekatan dengan Hospital Kuala Lumpur. Pada tahun 2014, Jabatan Farmakologi telah berpindah ke premis yang sedia ada sekarang ini, iaitu di tingkat 17, Bangunan Pra Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak di Jalan Yaacob Latiff, Cheras, Kuala Lumpur.