Unit Integriti & Ombudsman (UIO) UKM telah melancarkan Pelan Tindakan Integriti (PTI) UKM 2021-2025 pada 1 Julai 2021 untuk memperkasakan amalan integriti di UKM. Antara inisiatif yang telah ditetapkan dalam pelan tersebut ialah meningkatkan pengetahuan, kompetensi, jati diri dan penghayatan integriti dalam kalangan kakitangan dan pelajar. Oleh yang demikian, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di Fakulti Farmasi untuk menjayakan inisiatif ini.
Objektif
⮚Memastikan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi memastikan amalan integriti dan anti-rasuah dapat dibudayakan dan diperkasakan dalam kalangan kakitangan dan pelajar Fakulti Farmasi.
Peranan
⮚ Menyampaikan informasi berkaitan integriti dan anti-rasuah kepada semua warga fakulti. ⮚ Menganjurkan dan menjalankan aktiviti berkaitan pembudayaan amalan integriti dan anti-rasuah dalam kalangan warga fakulti. ⮚ Menerima aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Fokal Integriti anda: