Program Sarjana Farmasi Klinikal (MPharm. Clin.) dibentuk bagi mempersiapkan ahli farmasi untuk menyediakan perkhidmatan farmasi klinikal terkhusus dalam pelbagai tetapan khidmat. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran terkhusus amalan farmasi klinikal dan farmakoterapi.
Fakulti | Fakulti Farmasi |
Kampus | Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, Malaysia |
Ijazah | Sarjana Farmasi Klinikal (MPharm Clin) |
Tempoh Pengajian | 1 tahun (sepenuh masa) atau 2 tahun (separuh masa) |
Hubungi | pfkffar@ukm.edu.my | +603-9289 8055 / 7783 |
Semester 1 |
Amalan Farmasi Klinikal Lanjutan, Farmakokinetik Gunaan, Metodologi Penyelidikan dan Biostatistik, Farmakoterapi Lanjutan I, Projek Penyelidikan Klinikal I |
Semester 2 |
Farmakoterapeutik Lanjutan II, Farmakoterapeutik Lanjutan III, Farmakoterapeutik Lanjutan IV, Amalan Farmasi dalam Farmasi Komuniti, Projek Penyelidikan Klinikal II |
Klerksyip Wajib |
Klerksyip Farmakoterapi dalam Perubatan Dalaman, Klerksyip Farmakoterapi dalam Pediatrik , Klerksyip Farmakoterapi dalam Jagaan Rapi *Pelajar mesti melengkapkan satu klerksyip wajib di semester 1 dan dua lagi klerksyip wajib di Semester 2 |
Kleksyip Pilihan |
Klerksyip Farmakoterapi dalam Psikiatri, Klerksyip Farmakoterapi dalam Obstetrik & Ginekologi, Klerksyip Farmakokinetik Klinikal, Klerksyip Farmakoterapi dalam Surgeri & Nutrisi Parenteral, Klerksyip Farmakoterapi dalam Onkologi & Farmasi Nuklear *Pelajar mesti melengkapkan satu klerksyip pilihan di semester 1 dan satu lagi klerksyip pilihan di Semester 2 |
Syarat kemasukan:
Lulus semua subjek, dengan PNGK minimum 3.00
Pelajar antarabangsa perlu lulus kursus Bahasa Melayu
Penyelaras Program Sarjana Farmasi Klinikal
+603-9289 7085
pfkffar@ukm.edu.my
Penolong Pendaftar
+603-9289 7783
kpffar@ukm.edu.my