Analisis Farmaseutikal melibatkan penggunaan pelbagai teknik analitik untuk menganalisis ubat dan produk farmaseutikal. Program ini merangkumi tiga bidang utama dalam analisis farmasi: kaedah pemisahan, teknik analitik dan jaminan kualiti. Di akhir program, pelajar diharapkan dapat menguasai pelbagai teknik yang digunakan dalam menganalisis ubat dan produk farmaseutikal. Pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai bidang penyelidikan dalam analisis farmaseutikal.
Program ini bertujuan untuk menghasilkan kepakaran yang diperlukan dalam bidang analisis farmaseutikal sejajar dengan perkembangan industri farmaseutikal dan herba di dalam dan luar negara. Struktur kursus dirancang sedemikian untuk memberi pengetahuan khusus dan pengalaman praktikal dalam bidang analisis dan penyelidikan farmaseutikal kepada graduan.
Kemudahan pendidikan kami terletak di Kampus Jalan Raja Muda UKM di Kuala Lumpur.
Sepanjang perjalanan empat tahun bersama kami, anda berpeluang untuk belajar di makmal bertaraf dunia, kilang pengajaran pembuatan ubatan , pembelajaran aktif & suite simulasi farmasi klinikal, farmasi komuniti dalam kampus dan hospital pengajaran moden (Hospital Canselor Tuanku Muhriz).
Kampus bandar ini juga menempatkan fakulti lain seperti Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian. Kampus ini menyediakan platform yang baik untuk anda mengenali pelajar dari program lain yang mungkin berakhir sebagai persahabatan sepanjang hayat.
Selain daripada kemudahan di kampus seperti perpustakaan dan kafe, kampus bandar ini juga menawarkan akses yang senang ke tempat menarik seperti makan dan minum, pusat membeli-belah, taman rekreasi, dewan teater, dan galeri seni.
Walaupun penginapan pelajar di kampus pada masa ini tidak ditawarkan kepada pelajar pascasiswazah, anda boleh mendapat nasihat dari Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Farmasi untuk mencari tempat penginapan peribadi di luar kampus sebelum ketibaan anda.
Fakulti | Fakulti Farmasi |
Kampus | Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, Malaysia |
Ijazah | Sarjana Sains (Analisis Farmaseutikal) |
Tempoh Pengajian | 1 tahun (sepenuh masa) or 2 tahun (separuh masa) |
Hubungi kami | rosmizamusa@ukm.edu.my | +603-9289 8055 / 7783 |
Apa yang akan anda pelajari
Semester 1:
Kaedah Penyelidikan dan Keselamatan Tempat Kerja, Kaedah Analisis Farmaseutikal Lanjutan, Analisis Spektroskopi Molekul Atom, Statistik dan Kemometrik untuk Analisis Farmaseutikal, Jaminan Kualiti Farmaseutikal, Reka Bentuk Dosej Farmaseutikal, Projek Penyelidikan
Semester 2:
Teknik Spektroskopi dalam Elusidasi Struktur, Kaedah Pemisahan Lanjutan, Bioanalisis Farmaseutikal, Kawalan Kualiti Farmaseutikal, Bioketersediaan dan Biokesetaraan, Projek Penyelidikan II
Keperluan Program
Mod Pengajian :
Kerja Kursus
Coordinator for Master of Science (Pharmaceutical Analysis) Programme
+603-9289 7074
paffar@ukm.edu.my
Assistant Registrar
+603-9289 7783
kpffar@ukm.edu.my