Sejarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM bermula dengan penubuhan Jabatan Ekonomi dan Perdagangan pada tahun 1970, iaitu pada tahun yang sama dengan penubuhan universiti ini. Nama “Fakulti Ekonomi dan Pengurusan” mencerminkan bidang utama dalam ekonomi, pengurusan perniagaan, dan perakaunan serta penyatuan ilmu pengetahuan dengan asas epistemologinya.
SEJARAH FAKULTI
VISI
FEP-UKM menjadi Fakulti terkemuka yang menjana ilmu dalam bidang ekonomi, pengurusan perniagaan, dan perakaunan untuk membentuk masyarakat yang sejahtera, berilmu dan berakhlak mulia
MISI
FEP-UKM komited untuk melahirkan pemimpin berprinsip yang beraspirasi global serta berdedikasi terhadap pembangunan masyarakat.