TERIMA KASIH PROF. DATO’ DR. RUSZYMAH HAJI IDRUS

Dimaklumkan bahawa Prof. Dato’ Dr. Ruszymah Haji Idrus telah bersara wajib pada 6 Januari 2021.

Jabatan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Prof. Dato’ Dr. Ruszymah Haji Idrus sepanjang berkhidmat di Jabatan Fisiologi.

Semoga Allah membalas segala usaha Prof. Dato’ Dr. Ruszymah Haji Idrus dengan sebaik-baik ganjaran.

Selamat bersara dan semoga berbahagia bersama keluarga.

Terima kasih dari Warga Jabatan Fisiologi.