Tujuan program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berupaya dan berdikari di dalam menjalankan aktiviti penyelidikan. Antara objektif program ini ialah untuk menghasilkan graduan yang peka dan berpengetahuan di dalam menjalankan dan mengetuai penyelidikan, merancang dan melaksanakan aktiviti dan mencari serta menguruskan geran penyelidikan.
Pengajian secara penyelidikan sahaja dijalankan bagi program ini. Ia mengambil masa 6 – 12 semester untuk pelajar sepenuh masa atau 8 – 14 semester untuk pelajar separuh masa.
Hasil pembelajaran dan sasaran pendidikan diolah bagi menghasilkan graduan lengkap secara holistik sejajar dengan misi dan visi universiti. Ciri-ciri graduan yang akan dihasilkan ialah inovatif dan berkepimpinan di dalam proses pembangunan ilmu. Ini membantu menghasilkan masyarakat dinamik dan berpengetahuan.
Kaedah pengajaran – pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran adalah termasuk aktiviti yang melibatkan kajian penyelidikan:
Kaedah pengajaran & pembelajaran adalah konsisten dengan kurikulum di mana ianya melibatkan penyeliaan mingguan, laporan penyelia setiap enam bulan dan pemantauan berterusan pada peringkat jabatan. Program ini melibatkan penyelidikan sahaja. Oleh itu, calon perlu melakukan kerja-kerja makmal bagi menyelesaikan projek mereka.
Bidang Penyelidikan | Penyelia/Penyelidik |
Cardiovascular Research (CaRe) | Dr. Azizah Ugusman Dr. Amilia Aminuddin Dr. Adila A. Hamid |
Reproductive Science | Prof. Madya Dr. Siti Fatimah Ibrahim Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar Dr. Farah Hanan Fathihah Jaffar |
GUT Research | Prof. Dr. Norfilza Mohd Mokhtar Dr. Norhazlina Abdul Wahab |
Regenerative Medicine: Stem Cell and Tissue Engineering | Prof. Madya Dr. Chua Kien Hui Prof. Madya Dr. Mohd Heikal Mohd Yunus Prof. Madya Dr. Jaya Kumar Murthy |
Neurophysiology | Prof. Madya Dr. Jaya Kumar Murthy Prof. Madya Dr. Chua Kien Hui |
Penilaian formatif merangkumi pembentangan, latihan praktikum, tugasan bertulis dan manuskrip untuk penerbitan. Penilaian summatif melibatkan penilaian tesis dan sesi viva yang dilakukan oleh penilai luar dan dalam UKM. Perjalanan dan sesi soal jawab semasa viva dilakukan bagi menilai pencapaian calon dari segi kebolehan menganalisa, menterjemahkan dan berfikir secara kritis mengenai bidang kajian yang telah dilakukan.
Maklumat lanjut sila hubungi Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar (helmy@ukm.edu.my)
atau
layari laman sesawang Sekretariat Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan, UKM.