Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

IJAZAH SARJANA SAINS PERUBATAN (FISIOLOGI) - MOD PENYELIDIKAN

IJAZAH SARJANA MOD PENYELIDIKAN
Tempoh Pengajian

Program ini untuk pelajar sepenuh masa dan mengambil masa antara 4 – 6 semester.

 

Program Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi) mod penyelidikan yang bertujuan menggabungkan nilai-nilai kepimpinan, tanggunggjawab sosial, penyelidikan, penajaan, khidmat masyarakat, nilai etika, profesionalisme dan penjanaan ilmu. Nilai-nilai ini disahihkan di dalam reka bentuk kurikulum berdasarkan hasil pembelajaran yang dinyatakan.

Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

Kaedah pengajaran – pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran adalah termasuk aktiviti yang melibatkan kajian penyelidikan:

  • Kajian perpustakaan,
  • Merekabentuk dan menjalankan ujikaji,
  • Pengumpulan data, analisa dan penterjemahan,
  • Penulisan tesis dan manuskrip; dan
  • Pembentangan seminar dan persidangan saintifik

Kaedah pengajaran – pembelajaran adalah konsisten dengan kurikulum di mana ianya melibatkan penyeliaan mingguan, laporan penyelia setiap enam bulan dan pemantauan berterusan pada peringkat jabatan. Program ini melibatkan penyelidikan sahaja. Oleh itu, calon perlu melakukan kerja-kerja makmal bagi menyelesaikan projek mereka.

Projek penyelidikan di Jabatan Fisiologi berkisar kepada lima (5) bidang utama seperti berikut:

Bidang PenyelidikanPenyelia/Penyelidik
Cardiovascular Research (CaRe)Prof. Madya Dr. Azizah Ugusman
Dr. Amilia Aminuddin
Dr. Adila A. Hamid
Reproductive ScienceProf. Madya Dr. Siti Fatimah Ibrahim
Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar
Dr. Farah Hanan Fathihah Jaffar
GUT ResearchProf. Dr. Norfilza Mohd Mokhtar
Dr. Norhazlina Abdul Wahab
Regenerative Medicine: Stem Cell and Tissue EngineeringProf. Madya Dr. Chua Kien Hui
Prof. Madya Dr. Mohd Heikal Mohd Yunus
Prof. Madya Dr. Jaya Kumar Murthy
NeurophysiologyProf. Madya Dr. Jaya Kumar Murthy
Prof. Madya Dr. Chua Kien Hui
Prof. Madya Dr. Mohd Heikal Mohd Yunus

Calon dikehendaki membentangkan kertas kerja penyelidikan untuk dinilai di peringkat jabatan. Ini diikuti dengan kelulusan daripada Jawatankuasa Etika sebelum berakhirnya semester pertama.

Penilaian formatif merangkumi pembentangan, latihan praktikum, tugasan bertulis dan manuskrip untuk penerbitan. Penilaian summatif melibatkan penilaian tesis dan sesi viva yang dilakukan oleh penilai luar dan dalam UKM. Perjalanan dan sesi soal jawab semasa viva dilakukan bagi menilai pencapaian calon dari segi kebolehan menganalisa, menterjemahkan dan berfikir secara kritis mengenai bidang kajian yang telah dilakukan.

Seminar berjadual diadakan sekurang-kurangnya dua kali bagi setiap calon iaitu pada pertengahan dan akhir tempoh pengajian. Calon dikehendaki untuk menghadiri semua seminar yang diadakan sebulan sekali. Calon juga perlu membentangkan DUA (2) kertas kerja di persidangan saintifik pada peringkat kebangsaan ATAU antarabangsa. Calon juga dikehendaki untuk menghasilkan SATU (1) penerbitan di dalam jurnal yang diindeks oleh Web of Science (WoS).

Syarat Kemasukan

1.  Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dengan gred kumulatif (PNGK) tidak kurang dari 3.00 ATAU Ijazah Setaraf ATAU Ijazah Perubatan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dengan gred minimum untuk subjek Fisiologi ialah gred B; ATAU

2. Calon dengan PNGK kurang dari 3.00 mesti mempunyai pengalaman bekerja dengan bakal penyelia dalam bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.

3. Mendapat skor minimum 79-93 untuk TOEFL atau Band 6.5 untuk IELTS untuk pelajar dari luar negara.

4. Semua pemohon antarabangsa dan yang dibiayai sendiri mesti menunjukkan bukti bertulis mengenai status kewangan yang diterima sama ada dalam bentuk penyata bank / Institusi kewangan yang aktif atau surat jaminan yang diterima.

5. Lulus ujian kemasukan dan temuduga di peringkat Jabatan.

Naik Taraf Program Sarjana ke Doktor Falsafah
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Timbalan Dekan (Siswazah), dengan perakuan Penyelia Utama/Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan selewat-lewatnya dalam tempoh DUA (2) BULAN PERTAMA DI SEMESTER KETIGA (3) pengajiannya.
  2. Untuk maklumat lanjut mengenai naiktaraf program sarjana ke PhD ini, sila rujuk kepada GARIS PANDUAN NAIKTARAF DARIPADA PROGRAM IJAZAH

Maklumat lanjut sila hubungi Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar (helmy@ukm.edu.my)

atau

layari laman sesawang Sekretariat Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan, UKM.