Jabatan Fisiologi telah mengadakan Bengkel Demonstrasi dan Analisa Data Ujian Enzyme-Linked Immunosorbent Assay (ELISA) dengan kerjasama bersama Syarikat Prima Nexus Sdn Bhd di Bilik Sinaps dan Makmal Nukleas Jabatan Fisiologi pada 11 Jun 2024, jam 10 pagi hingga 4.30 petang.
Bengkel ini dikendalikan bersama wakil syarikat Prima Nexus Sdn Bhd yang diwakili Pn. Nura Samsuddin dan Dr. Ramya Dewi sebagai penceramah. Bengkel ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta dalam mengendalikan dan analisa ujian ELISA.