Program Doktor Pendidikan Tinggi ini adalah satu program yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi menambahbaikan IPT di Malaysia supaya lebih kompetitif dan bertaraf antarabangsa. Program ini sesuai untuk ahli akademik dan pengurusan akademik yang mempunyai pengalaman bekerja di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia seperti di Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti/Institut Latihan Kemahiran Awam atau industri yang berkaitan. Ia juga sesuai untuk pendidik yang mempunyai aspirasi untuk menerajui dan berkhidmat dalam bidang Pendidikan Tinggi.
Program ini dijalankan dalam bentuk mod campuran iaitu kerja kursus dan disertasi. Jumlah jam kredit yang ditawarkan adalah 80 kredit. Calon yang mengikuti program ini perlu melengkapkan 40 kredit kerja kursus dan 40 kredit bagi disertasi.