Kenapa pilih kami
Doktor Falsafah Pendidikan
Hubungi Kami
Puan Nadiah Atiqah Mohd Khair
03-8921 6297
nadiahatiqah@ukm.edu.my
Ts. Dr. Mohd Khalid Mohamad Nasir
Ketua Program Siswazah (Pusat Kajian Pembudayaan STEM) , Penyelaras (Media) & ketua modul (pendidikan komputer)
mdkhalid@ukm.edu.my
Dr. Aidah Abd Karim
Ketua Program Siswazah (Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran & Pengajaran)
eda@ukm.edu.my
Dr. Ahmad Zamri Mansor
Ketua Program Siswazah (Pusat Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan) Penyelaras Program (Doktor Pendidikan-EDD)
azamri@ukm.edu.my
Dr. Khairul Farhah Khairuddin
Ketua Program Siswazah (Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti)
kfk@ukm.edu.my
Prof. Madya Dr. Ku Suhaila Ku Johari
Ketua Program Siswazah (Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan)
suhaila@ukm.edu.my
Kelayakan program
Syarat Kemasukan
i. Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh badan akreditasi luar negara, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
ii. Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
iii. Pelajar yang sedang mengikuti program sarjana mod penyelidikan secara sepenuh masa di UKM dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/Institut untuk menukar status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Dekan/Pengarah; atau
iv. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti/Institut dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara; atau,
v. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Syarat keperluan Bahasa Inggeris bagi kemasukan pelajar antarabangsa adalah 6.0 IELTS, 60 TOEFL iBT dan 627 TOEFL ITP, kecuali bagi program berikut:
1.*Program Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua,
syarat kemasukan adalah minimum Band 6.5 IELTS ATAU 80 TOEFL iBT ATAU 627 TOEFL ITP ATAU HEET ARAS 8
*Syarat Temuduga Calon Antarabangsa (*hanya kepada calon terpilih untuk program Doktor Falsafah dan Sarjana mod penyelidikan)
Telah memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh fakulti.
Telah memenuhi syarat penguasaan bahasa inggeris yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya IELTS (Academic) Band 6.5 atau TOEFL iBT 80 dan Ke Atas.
*calon yang menggunakan keputusan TOEFL ITP atau IELTS Indicator wajib menjalani temuduga, ini kerana sijil komptensi tidak merangkumi ujian lisan
2. Program Pendidikan Bahasa Arab & Pendidikan Islam:
Calon Yang Menulis Tesis Dalam Bahasa Arab – IELTS 5.5
Calon Yang Menulis Tesis Dalam Bahasa Inggeris – IELTS 6.0
Namun, calon antarabangsa nusantara diberikan kelonggaran syarat kompetensi Bahasa Inggeris bagi program yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya tidak termasuk penggunaan dwibahasa di mana calon wajib menulis tesis dalam Bahasa Melayu.
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai Program PhD