pengenalan
Penubuhan pusat kajian ini adalah berdasarkan keputusan penjajaran semula struktur organisasi Fakulti Pendidikan ini disediakan berasaskan keputusan dan perbincangan dalam Kertas Fakulti Bilangan 37/2016. Ia bertujuan untuk membangunkan NIC penyelidikan di fakulti. Walau bagaimanapun, selaras dengan hala tuju penyelidikan di peringkat Universiti maka Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran telah dijenamakan semula kepada Pusat Kajian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran pada 1 Disember 2019. Secara umumnya pusat ini mengandungi lima nic penyelidikan berdasarkan kepakaran ahli iaitu Pendidikan Berkualiti (Quality Education), Pendidikan Teknologi (Educational Technology), Pendidikan Kesejahteraan Masyarakat (Societal-well Being Education); Pembelajaran Futuristik (Futuristic Learning) dan Pendidikan Mendalam (Immersive Learning).
VISI
Peneraju inovasi pembelajaran dan pengajaran.
MISI
Meneraju inovasi pembelajaran dan pengajaran serta melahirkan tenaga professional akademik yang inovatif.
OBJEKTIF
Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran berperanan menghasilkan:
- Inovasi pembelajaran dan pengajaran berasaskan penyelidikan bagi menjamin kualiti pembangunan modal insan sepanjang hayat.
- Ahli profesional akademik yang reflektif, kritikal dan inovatif serta terkehadapan dalam era globalisasi.
- Profesional akademik yang berkepakaran sebagai agen dalam transformasi Pendidikan berkualiti bersesuaian dengan dasar pendidikan negara.
Kenali Pensyarah Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran
Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat)
Lt. Kol Prof Madya Mohd Jasmy Abd Rahman
Pengarah Pusat Kesatria
Dr. Azlina Abdul Aziz
Ketua Program (Prasiswazah-TESL)
Dr. Mohamad Zuber bin Abd. Majid
Timbalan Pengarah Pusat Kesatria
Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman
Timbalan Pengarah (Teknologi Pengajaran), Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum
Dr. Hazrati Husnin
Penolong Dekan (Pengajaran & CITRA)
Dr. Hanita Hanim Ismail
Penyelaras Hubungan Antarabangsa & Program ODL (TESL)
Prof. Madya Dr. Fariza Khalid
Timbalan Pengarah 1 (UKMshape)
Dr. Nur Ehsan Mohd Said
Ketua Program (Pendidikan Tinggi Ujian Bahasa Inggeris)
Dr Nur Ainil Sulaiman
Ketua Program Siswazah (Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran & Pengajaran)
- yasminzakaria@ukm.edu.my
Pengajaran B. Inggeris Sebagai Bahasa Ke-2 (TESL)
Prof. Madya Dr. Harwati Hashim
Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)
Dr. Aidah Abdul Karim
Penolong Dekan (Kualiti & Strategi)
Dr. Muhammad Syawal Amran
Penyelaras ( Strategi )