pengenalan
Penubuhan pusat kajian ini adalah berdasarkan keputusan penjajaran semula struktur organisasi Fakulti Pendidikan ini disediakan berasaskan keputusan dan perbincangan dalam Kertas Fakulti Bilangan 37/2016. Ia bertujuan untuk membangunkan NIC penyelidikan di fakulti. Walau bagaimanapun, selaras dengan hala tuju penyelidikan di peringkat Universiti maka Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti telah diwujudkan semula pada 1 Disember 2019. Secara umumnya pusat ini mengandungi tiga nic penyelidikan berdasarkan kepakaran ahli iaitu Pendidikan Khas, Pendidikan Sukan dan Rekeasi dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
MISI
Meneraju pembelajaran bidang Pendidikan Khas, Sukan dan Rekreasi dan Pendidikan Awal Kanak-
Kanak.
OBJEKTIF
Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti berperanan menghasilkan:
Pendidikan yang seimbang dan Kesejahteraan Komuniti berasaskan penyelidikan yang berkualiti serta membangunkan insan yang berketrampilan dalam arus pembangunan negara yang holistik.
Ahli akademik yang profesional, dinamik, berfikiran luas serta positif dalam mendepani isu-isu kemasyarakatan demi mengujudkan keseimbangan dalam kehidupan.
Para pakar dalam bidang akademik seperti Pendidikan Khas, Pendidikan Sukan dan Rekreasi dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Bertanggungjawab kepada pembangunan insan yang seimbang yang dapat merangsang Pendidikan yang berkuliti tinggi seiring dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaansebagai agen dalam transformasi Pendidikan berkualiti bersesuaian dengan dasar pendidikan negara.
Kenali Pensyarah Pusat Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti
Dr Nur Shakila Mazalan
Penyelaras ( Siswa )shakila@ukm.edu.my
Pendidikan Sukan & Rekreasi
Dr. Mohd. Norazmi bin Nordin
Ketua Program (Prasiswazah-Pendidikan Khas)
Dr. Suziyani Mohamed
Timbalan Dekan (Pra-Siswazah)
Dr. Denise Koh Choon Lian
Ketua Program ( Prasiswazah-Sukan & Rekreasi )
Dr. Wan Ahmad Munsif Wan Pa
Penolong Dekan (Hal-Ehwal Pelajar & Alumni)
Dr. Kamariah Abu Bakar
Penyelaras & Ketua Operasi ( Tunas UKM )
Dr. Syar Meeze Mohd Rashid
Ketua HIJEM
Dr. Khairul Farhah Khairuddin
Ketua Program ( Siswazah Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti )