KALENDAR SESI AKADEMIK SEMESTER 1, 2023/2024
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PRASISWAZAH & PASCASISWAZAH [KAMPUS INDUK BANGI, FFAR & FSK (PROGRAM SARJANA MUDA SAINS FORENSIK)]
Cuti Umum Semester 1
Hari Deepavali – 12 & 13 November 2023 (Ahad dan Isnin)
Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2023 (Isnin)
Hari Krismas – 25 Disember 2023 (Isnin)
Tahun Baharu – 1 Januari 2024 (Isnin)
Hari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Hari Tahun Baru Cina – 10,11 & 12 Februari 2024 (Sabtu, Ahad & Isnin)
Cuti Umum Semester 2 & Semester 3
Nuzul Quran – 28 Mac 2024 (Khamis)
Hari Raya Aidil Fitri – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Hari Pekerja – 1 Mei 2024 (Rabu)
Hari Wesak – 22 Mei 2024 (Rabu)
Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)*Sabah Sahaja
Hari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) *Sarawak Sahaja
Hari Keputeraan YDP Agong -3 Jun 2024 (Isnin)
Hari Raya Aidil Adha – 17 Jun 2024 (Isnin)
Awal Muharam (Maal Hijrah) – 7 & 8 Julai 2024 (Ahad & Isnin)
Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2024 (Sabtu)
Hari Malaysia – 16 September 2024 (Isnin)
Maulidur Rasul – 16 September 2024 (Isnin)
Tertakluk kepada perubahan
NOTA : PELAJAR BAHARU
1-PENDAFTARAN
Pendaftaran perlu dibuat melalui Sistem Join UKM (http://join.ukm.my) pada tarikh yang dinyatakan di dalam surat tawaran setelah pengesahan terima tawaran dan keperluan pendaftaran dilengkapkan.
2-TAKLIMAT DI FAKULTI /INSTITUT
Semua pelajar baharu dikehendaki menghadiri taklimat di Fakulti/Institut pada tarikh yang ditetapkan dengan merujuk kepada jadual taklimat.
3-PEMBAYARAN YURAN
Pelajar hendaklah menjelaskan yuran pengajian sebelum dibenarkan membuat pendaftaran.
NOTA : PELAJAR LAMA
1-PENDAFTARAN DALAM TALIAN
Semua pelajar dikehendaki membuat pendaftaran awal kursus/tesis/disertasi di SMPWeb (http://smplucee.ukm.my/smpweb) mengikut tempoh yang ditetapkan. Pembayaran yuran perlu diselesaikan sebelum semester semasa berakhir. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan proses pendaftaran pada semester hadapan akan terganggu.
2-TAMAT TEMPOH PENGAJIAN
Pelajar yang telah tamat tempoh pengajian pada Semester 2 Sesi Akademik 2022/2023 (Mac – September 2023) dan belum menyerahkan tesis/projek penyelidikan, hendaklah membuat permohonan tambah masa pengajian di Fakulti/Institut masing-masing, selewat-lewatnya 4 minggu dari tarikh sesi pembelajaran bermula.
3-LEWAT MENDAFTAR
Pelajar yang gagal membuat pendaftaran awal akan dikenakan denda lewat mendaftar sebanyak RM50.00 dan dicaj ke akaun pelajar. Bayaran denda lewat hendaklah dibuat melalui Portal eKewangan (https://ekewangan.ukm.my).
4-DIBERHENTIKAN SEBAB TIDAK MENDAFTAR
Pelajar akan diberikan status “DIBERHENTIKAN SEBAB TIDAK MENDAFTAR” jika tidak membuat pendaftaran sehingga selewat-lewatnya pada 6 November 2023.
5-PEMBAYARAN
Pelajar hendaklah menjelaskan semua yuran/penalti sebelum dibenarkan membuat pendaftaran awal kursus/ tesis/ disertasi di SMPWeb. Pembayaran perlu dibuat melalui Portal eKewangan (https://ekewangan.ukm.my).
Bagi pelajar di bawah tajaan, sila muatnaik surat tajaan di SMPWeb
6-SERAH TESIS/ DISERTASI UNTUK PEMERIKSAAN SELEPAS 13 FEBRUARI 2024
Pelajar yang serah tesis/ disertasi untuk pemeriksaan selepas 13 Februari 2024 dikehendaki mendaftar pada Semester 2 Sesi Akademik 2023/2024 dengan membayar yuran penuh. Tiada pengecualian yuran akan diberikan kepada pelajar