PENGENALAN
Fakulti Pendidikan bermula sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1972. Kini dikenali sebagai FPEND, disokong oleh beberapa pusat kajian seperti 'Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran', 'Pusat Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan' , 'Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti', 'Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan' dan 'Pusat Kajian Pembudayaan STEM. Dengan kepakaran 15 orang professor, 20 professor madya, dan 65 pensyarah, Fakulti Pendidikan telah melahirkan ramai graduan dan pendidik dalam pelbagai sektor awam termasuk swasta. Kini seramai 2003 orang pelajar mendaftar disini untuk terus Cemerlang Bersama.
Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti
VISI
Fakulti Pendidikan Peneraju Inovasi Pendidikan untuk Masyarakat Berilmu & Dinamik ke Arah Kesejahteraan Sejagat.
MISI
Menjadi Fakulti Pendidikan terpilih yang inovatif, terkehadapan dan beriltizam menyediakan modal insan berkualiti untuk keperluan institusi pendidikan, industri dan masyarakat mengikut acuan kebangsaan yang memartabatkan Bahasa Melayu dan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan sejagat.
Matlamat
Menjadi pusat ilmu pendidikan dan pengembangan modal insan yang berupaya:
- Melahirkan modal insan yang berkeupayaan tinggi dan menjadi pemimpin pendidikan dalam institusi pendidikan, industri dan masyarakat.
- Mencipta, mengembang dan mengaplikasi ilmu pendidikan melalui penyelidikan, perundingan dan pengkomersilan produk pendidikan.
- Meneraju inovasi dalam ilmu pendidikan berkaitan kurikulum, pedagogi, pengurusan dan penilaian.
- Menjadi pemimpin ilmu pendidikan yang terkehadapan dalam pelbagai disiplin merentasi pelbagai institusi pendidikan, industri dan masyarakat.
- Menjadi pakar runding dan pusat rujukan ilmu pendidikan tersohor di dalam dan luar negara.