Maklumat Umum
Program Doktor Pendidikan Tinggi
Program Doktor Pendidikan Tinggi ini adalah satu program yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi menambahbaikan IPT di Malaysia supaya lebih kompetitif dan bertaraf antarabangsa. Program ini sesuai untuk ahli akademik dan pengurusan akademik yang mempunyai pengalaman bekerja di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia seperti di Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti/Institut Latihan Kemahiran Awam atau industri yang berkaitan. Ia juga sesuai untuk pendidik yang mempunyai aspirasi untuk menerajui dan berkhidmat dalam bidang Pendidikan Tinggi.
Program ini dijalankan dalam bentuk mod campuran iaitu kerja kursus dan disertasi. Jumlah jam kredit yang ditawarkan adalah 80 kredit. Calon yang mengikuti program ini perlu melengkapkan 40 kredit kerja kursus dan 40 kredit bagi disertasi.
Maklumat Pemohonan
Syarat Kemasukan
- Ijazah Sarjana dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dan pengalaman bekerja dalam institusi pendidikan pengajian tinggi atau industri berkaitan, atau
- Ijazah Sarjana Pendidikan dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; dan
- Lulus temuduga di peringkat Fakulti.
- Kemasukan calon adalah pada tiap-tiap semester tahun akademik dan permohonan hendaklah dibuat tidak lewat daripada tiga bulan sebelum permulaan semester tersebut.
- Permohonan hendaklah dibuat melalui borang atas talian dari sistem www.ukm.my/join/ yang telah ditetapkan dan disampaikan kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik. Di samping maklumat tentang latar diri, cadangan bidang kajian dan jenis program pengajian yang ingin diikuti perlu dinyatakan.
- Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti Pendidikan akan membuat keputusan tentang penerimaan calon dan kemudian akan disampaikan kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik untuk tindakan selanjutnya
Program Doktor Pendidikan Tinggi
- Sepenuh masa: 6 hingga 12 semester (3-6 tahun)
- Separuh masa: 8 hingga 14 semester (4-7 tahun)
Syarat keperluan Bahasa Inggeris bagi kemasukan pelajar tempatan untuk program TESL adalah IELTS 6.5 atau TOEFL iBT 80 atau TOEFL ITP 627 atau CPT/APTIS minimum CEFR C1
Syarat keperluan Bahasa Inggeris bagi kemasukan pelajar antarabangsa adalah 6.0 IELTS, 60 TOEFL iBT dan 627 TOEFL ITP, kecuali bagi program berikut:
1- *Program TESL, syarat kemasukan adalah minimum Band 6.5 IELTS, 80 TOEFL iBT dan 627 TOEFL ITP,
*Syarat Temuduga Calon Antarabangsa (*hanya kepada calon terpilih untuk program Doktor Falsafah dan Sarjana mod penyelidikan)
- Telah memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh fakulti.
- Telah memenuhi syarat penguasaan bahasa inggeris yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya IELTS (Academic) Band 6.5 atau TOEFL iBT 80 dan Ke Atas.
*calon yang menggunakan keputusan TOEFL ITP atau IELTS Indicator wajib menjalani temuduga, ini kerana sijil komptensi tidak merangkumi ujian lisan
2-Program Pendidikan Bahasa Arab & Pendidikan Islam:
- Calon Yang Menulis Tesis Dalam Bahasa Arab – IELTS 5.5
- Calon Yang Menulis Tesis Dalam Bahasa Inggeris – IELTS 6.0
Hubungi Kami
azamri@ukm.edu.my
Kursus-kursus dan penyelidikan yang perlu diikuti dikategorikan mengikut enam (6) blok seperti berikut:
Objektif program adalah untuk menghasilkan:
- Ahli akademik dan pengurusan akademik yang berketerampilan dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan tinggi bertaraf dunia.
- Ahli akademik dan pengurus akademik yang dapat memberi khidmat kemasyarakatan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab.
- Ahli akademik dan pengurus akademik yang menjadi pakar rujuk dalam kerjaya masing-masing serta menyumbang kepada pembuat polisi Negara.
- Malim sarjana yang cemerlang dalam bidang pendidikan dan penyelidikan peringkat pendidikan tinggi.
- Ahli akademik dan pengurus akademik yang berdaya saing bagi merealisasikan wawasan dan misi institusi.
Hasilan program Doktor Pendidikan Tinggi ialah seperti berikut:
HP1: Memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada ilmu sedia ada, aplikasi dan interpretasi yang boleh memajukan ilmu, masyarakat dan budaya dalam bidang pendidikan tinggi.
HP2: Berkomunikasi dan memberikan pandangan yang komprehensif, kritikal terhadap tinjauan literatur dan sintesis terhadap eksperimen, kerja-kerja kreatif serta menyumbang idea baru berkaitan teori dan amalan profesional secara sistematik dalam bidang pendidikan tinggi.
HP3: Menghasilkan penulisan ilmiah yang dinilai dengan standard antarabangsa yang berasaskan penglebaran sempadan dan pendalaman ilmu dalam bidang pendidikan tinggi.
HP4: Menghasilkan konsep, reka bentuk dan perlaksanaan projek untuk menjana ilmu atau kefahaman baru yang bermakna dalam bidang pendidikan tinggi.
HP5: Melakukan sintesis dan inovasi dalam menyelesaikan masalah dan isu-isu berkaitan bidang pendidikan tinggi melalui penyelidikan.
HP6: Mempamerkan disiplin, nilai-nilai murni universal dan etika dalam proses menyempurnakan pengajian doktor pendidikan tinggi.
Program DPT adalah program yang memberi penekanan kepada program pendidikan tinggi atau praktis dengan mengaitkan teori kepada praktis profesional. Oleh yang demikian hasil kajian dalam Blok 5 (Kajian Tindakan) dan 6 (Disertasi) DPT seharusnya berpotensi memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada ilmu sedia ada, aplikasi dan interpretasi yang boleh memajukan ilmu, masyarakat dan budaya dalam bidang pendidikan tinggi. Kajian boleh memberi tumpuan kepada masalah pendidikan tinggi semasa, praktis atau polisi semasa atau reformasi pendidikan tinggi yang sedang dilaksanakan dengan menghasilkan konsep, reka bentuk dan pelaksanaan projek untuk menjana ilmu atau kefahaman baru yang bermakna dalam bidang pendidikan tinggi. Penulisan ilmiah yang dihasilkan dinilai dengan standard antarabangsa yang berasaskan penglebaran sempadan dan pendalaman ilmu dalam bidang pendidikan tinggi.
Pelajar Ed.D dibenarkan untuk memilih satu dari dua bentuk penulisan disertasi iaitu:
i) Tesis / Disertasi Standard
•Disertasi mengikut struktur dan format lazim dan perlu memenuhi keperluan penerbitan
• Penulisan di antara 50 000 – 60 000 patah perkataan
ATAU
ii) Kompilasi makalah jurnal tidak kurang daripada empat (4), dimana dua (2) darinya telah diterbit atau telah diterima untuk penerbitan dalam jurnal Q2/3/4. Kandungan tesis/disertasi kompilasi perlu merangkumi perkara berikut:
1. Pernyataan bahawa tesis/disertasi ditulis mengikut format kompilasi.
2. Senarai penerbitan yang dimasukkan sebagai bab dalam tesis/disertasi.
3. Keseluruhan tesis/disertasi perlu disediakan mengikut format penulisan tesis/disertasi Gaya UKM.
4. Bab Pengenalan – Bab ini memberi pengenalan kepada isu yang dikaji dan perkaitan di antara makalah yang telah diterbitkan bagi memastikan tesis/disertasi dipersembahkan dalam bentuk yang bersepadu.
5. Bab Bahan Penerbitan – Setiap makalah yang telah diterbitkan perlu dipersembahkan sebagai bab berasingan di dalam tesis/disertasi. Abstrak makalah dan maklumat jurnal penerbitan perlu disertakan bagi tesis/disertasi yang ditulis dalam bahasa yang selain dari bahasa penulisan tesis/disertasi.
6. Bab Kesimpulan – Bab ini mensintesis dapatan kajian dan memberi kesimpulan menyeluruh tentang penyelidikan yang telah dijalankan.
7. Rujukan – Senarai rujukan merangkumi rujukan bagi bab Pengenalan dan bab Kesimpulan.
Syarat Penulisan:
• Syarat penulisan bagi disertasi standard ialah:
– 2 Jurnal Berindeks (SCOPUS/ISI/ERA yang diiktiraf oleh Fakulti Pendidikan)
ATAU
1 Jurnal Berindeks (SCOPUS/ISI/ERA yang diiktiraf oleh Fakulti Pendidikan) DAN pilih salah satu daripada penerbitan berikut;
1 artikel dalam kategori berikut:
Jurnal Penerbit UKM atau Fakulti/Institut ATAU
Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam Thompson Reuters WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM
– Telah diterima untuk penerbitan
– Semua penerbitan wajib ditulis bersama penyelia
• Syarat penulisan bagi disertasi secara kompilasi:
– Bilangan makalah untuk pelajar Kedoktoran tidak kurang daripada empat (4), di mana dua (2) darinya telah diterbit atau telah diterima untuk penerbitan dalam jurnal Q2/3/4.
– Semua penerbitan wajib ditulis bersama penyelia
Hubungi kami terus dengan mengisi pertanyaan anda di bawah.