Program Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
Program Sarjana Muda Pendidikan Khas adalah satu program yang diwujudkan untuk membentuk tenaga manusia yang profesional dalam bidang pendidikan khas. Matlamat umum program ini adalah untuk menyediakan tenaga professional seperti guru, pensyarah, dan pentadbir yang cekap dalam bidang pendidikan khas bagi menjalankan tugas di institutsi pengajian, agensi-agensi pendidikan, sektor awam dan sektor swasta. Tenaga Profesional yang di lahirkan adalah seseorang individu menyedari potensinya, boleh bertindak secara rasional terhadap stress, kehidupan seharian, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Oleh itu Program Sarjana Muda Pendidikan Khas menekankan pembangunan kendiri yang merupakan satu aspek yang terpenting khususnya dalam menghadapi arus globalisasi dunia semasa. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam terhadap aspek Pendidikan Khas, seseorang dapat mempersiapsiagakan dirinya secara mental bagi menghadapi cabaran yang wujud dalam arus semas