Dr. Denise Koh Choon Lian
Ketua Program ( Prasiswazah-Sukan & Rekreasi )
Program Sarjanamuda Pendidikan dengan kepujian
(Sukan dan Rekreasi)
Program Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi) bertujuan untuk membentuk tenaga manusia profesional dalam bidang Pendidikan, dan Industri Sukan dan Rekreasi. Program ini mempunyai tiga tunjang utama, iaitu pendidikan (mengkhusus dalam Pendidikan jasmani), sains sukan dan rekreasi. Matlamat umum program ini adalah untuk menyediakan tenaga profesional seperti guru (mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sains Sukan), pensyarah, jurulatih dan pentadbir yang cekap dalam bidang Sukan dan Rekreasi. Graduan daripada program ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka menceburi bidang selain daripada pendidikan, sukan dan rekreasi.