Dr. Nur Ehsan Mohd Said
Ketua Program (Pendidikan Tinggi Ujian Bahasa Inggeris)
Program Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
Matlamat dan hasil pembelajaran program dibentuk dengan mengambil kira pihak berkepentingan seperti pelajar, perwakilan pelajar, rakan kesepakaran, guru, alumni, dan sarjana dari dalam dan luar negara. Program Sarjana Muda TESL juga menyokong matlamat UKM secara amnya dan matlamat Fakulti Pendidikan UKM secara khususnya. Bahasa Inggeris ialah bahasa pengantar bagi kursus-kursus TESL manakala bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar bagi kursus asas fakulti dan kursus universiti. Program ini menyokong segala usaha untuk melahirkan graduan yang berakhlak mulia, pendidik yang profesional, serta pemimpin yang cekap dan berfikiran kreatif dan kritis.