pengenalan
Pusat Kepimpinan dan Polisi Pendidikan merupakan sebuah pusat yang dibentuk setelah menjalani penstrukturan semula pada tahun 2018. Penstrukturan semula ini merupakan satu strategi fakulti untuk kekal terkehadapan dalam menyahut cabaran perubahan dalam dunia pendidikan. Sehingga kini, pusat ini mempunyai 15 orang ahli yang terdiri daripada 2 orang professor dan 13 orang pensyarah kanan. Nic pusat ini dibahagikan kepada dua iaitu Polisi dan Tadbir Urus dan Kelestarian Penyelidikan dan Pembangunan Manusia. Pusat Kepimpinan dan Polisi Pendidikan berperanan memperkasa profesionalisme sumber manusia dalam aspek pengurusan dan kepimpinan pelbagai organisasi pendidikan (industri awam dan swasta). Pusat ini memberi fokus kepada pembangunan pemimpin dan pengurus dalam bidang pentadbiran pendidikan, kurikulum dan pedagogi, pendidikan tinggi, keusahawanan dan pembangunan insan, serta pengukuran penilaian. Pusat ini membangun pemimpin pendidikan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkenaan polisi, falsafah, pentaksiran serta konsep pengurusan dan kepimpinan organisasi.
Visi
Peneraju pemimpin pendidikan yang profesional dalam pelbagai organisasi
Misi
Meningkatkan tahap profesionalisme modal insan yang berdaya kepimpinan Pendidikan dalam pelbagai organisasi
OBJEKTIF PUSAT
- Menjadi peneraju dalam menghasilkan modal insan berketrampilan, berkemahiran mengurus perubahan secara beretika, berhemah dan berintegriti dalam pelbagai organisasi.
- Menjadi pusat kecemerlangan yang memperkasa pemimpin pendidikan berkemahiran dalam penyelidikan dan penerbitan untuk menyelesaikan pelbagai isu dalam pendidikan.
- Menjadi pusat rujukan dalam bidang pentadbiran pendidikan, kurikulum dan pedagogi, pendidikan tinggi, keusahawanan dan pembangunan insan, serta pengukuran penilaian.
Kenali Pensyarah Pusat Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan
Prof. Madya Dr. Nurfaradilla Mohamad Nasri
Timbalan Dekan ( Siswazah )Dr. Khairul Azhar Jamaludin
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat)Dr. Ahmad Zamri Mansor
Ketua Program ( Siswazah Pusat Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan ) Penyelaras Program ( Doktor Pendidikan-EDD )