FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Syarat Kemasukan
Program Sarjana Pengajian Islam

Syarat Kemasukan

Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari UKM atau mana-mana Institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  2. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Calon TANPA kelayakan atau pengalaman kerja dalam bidang Pengajian Islam, tetapi berminat untuk menjalankan kajian rentas disiplin dengan bidang Pengajian Islam,  mesti menduduki kursus prasyarat yang sesuai dan memenuhi PNGK minima yang ditetapkan oleh Program; dan
  4. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  5. Memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); dan
  6. Keperluan Bahasa.

Lulusan dalam negara (yang menggunakan PNGK)

  • minimum 2.75 ATAU;
  • 2.50 hingga 2.74 dan lulus penilaian dalaman oleh Jawatankuasa di Fakulti.

Lulusan luar negara (yang menggunakan PNGK)

  • minimum 2.75 ATAU;
  • 2.50 hingga 2.74 dan lulus penilaian dalaman oleh Jawatankuasa di Fakulti.

Lulusan Luar Negara (tidak menggunakan PNGK)

  • Minima Maqbul (45%-54%)

Pelajar Malaysia & Asia Tenggara:

  • 60%; ATAU
  • 55% dan pengalaman bekerja 3 tahun dalam bidang relevan; ATAU
  • 55% dan *penilaian dalaman yang rapi

Pelajar Timur Tengah

  • 60%;

Lulusan Morocco/Iran (Pelajar Malaysia)

  • (10/20) bersamaan minima PNGK 2.75

Lulusan Shubra (tidak menggunakan PNGK)

  • Jayyid (55-69%) ATAU;
  • 54% dan pengalaman bekerja 3 tahun dalam bidang yang berkaitan
Keperluan Bahasa
  1. Bahasa Melayu – Calon luar negara wajib mengikuti kursus Bahasa Melayu (3 kredit) seperti yang ditetapkan oleh Universiti.
    Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti.
  2. Bahasa Arab– Semua pelajar dikehendaki menduduki Kem Modul Bahasa Arab Akademik (KEMBAA) dalam Kursus Bahasa Arab Akademik (PPPZ6033). Pengecualian diberikan kepada calon di mana Bahasa Arab adalah bahasa rasmi atau digunakan sebagai bahasa pengantar.
  3. Bahasa Inggeris
    • Pelajar antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris iaitu mendapat keputusan skor atau band minimum yang ditetapkan mengikut jadual kesetaraan iaitu TOEFL iBT (30-34), TOEFL pBT (396-416), IELTS (4.0) atau MUET Tahap 2.0 (Band 2.0). Keputusan peperiksaan tersebut hendaklah dikemukakan semasa membuat permohonan pengajian; atau
    • Pelajar antarabangsa yang tidak memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris boleh mengikuti pengajian tertakluk kepada syarat seperti berikut:
      1.  dibenarkan mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman di UKM sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada peraturan Jabatan Imigresen Malaysia yang sedang berkuat kuasa. Pelajar diberikan surat tawaran mengikuti program pengajian; dan
      2. pelajar antarabangsa yang mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman perlu menduduki peperiksaan IELTS atau TOEFL atau MUET atau HEET atau mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada CEFR bagi memenuhi syarat bergraduat Bahasa Inggeris.
      3. Senarai peperiksaan yang telah dijajarkan kepada CEFR adalah tertakluk kepada senarai yang mendapat kelulusan Senat dari semasa ke semasa.
    • Fakulti boleh memberikan pengecualian untuk calon antarabangsa yang:
      1. mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau
      2. berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
      3. Calon boleh dikecualikan dari syarat kompetensi Bahasa Inggeris, tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).
      4. Pengecualian syarat Bahasa Inggeris kepada pelajar Nusantara dari negara Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand yang mengikuti program pengajian yang menggunakan bahasa yang serumpun dengan Bahasa Melayu.

Maklumat Lanjut:

Urus Setia Siswazah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel: +603-8921 3519/ 3507
e-Mail: upps.fpi@ukm.edu.my